Thursday 6 May 2010

adaMaya


korang tengok tak slot akasia adaMaya?
ke kowang mmg tgh ketagih tengok citer neh?
mama peminat setia citer neh.hehe
tapi, ada gak miss beberapa episod.hehe
bajet nak tgk kt youtube jek episod yg missed tu, tapi cam malas lak.
cik selkom berukben skang ni cam lembabs nak mam***.buat sakit ati jek...
mama suka citer neh bukan sebab citer ni ada kena-mengena dgn kisah hidup mama tau, tapi...
ada beberapa sebab...antaranya...
1. mama ni peminat setia Lisa Surihani [segala citer/filem yg ada dia, sure meronta-ronta ati nak tengok.hehe]
2. admire dgn budak kecik comel lote, si Amani, lakonan Mia Sara tuh [bajet, kalo ngandung nanti, nak anak comel lote cam si Amani tu lah.hikhik]
3. tertarik dgn sinopsis dia..pasal pasangan muda yg kawen [cam ada sikit persamaan dgn mama&papa lah, konon2nya.hikhik]
4. suka tengok Hussien tuh... [dulu berangan nak carik laki camneh, ala2 pak arab gitu.sekali, dpt jawa asli pulak.miahaha]
5. boleh jadikan pengajaran tuk pasangan muda cam mama &papa neh...
6. OST citer neh yg best gila.Lagu Dakmie, Yang Terindah [gila jiwang mamazahra neh.hehe]
meh, mama nak kongsi sinopsi citer neh...
Perkahwinan adalah suatu ikatan suci, manakala cinta sejati menuntut pengorbanan.
Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24thn (lakonan Hussein) dan Maya, 21thn (lakonan Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi.
Maya,21thn pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.
Ibu bapa Maya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

bila mama baca sinopsis citer neh, mmg cam ada sikit kena-mengena dgn kisah hidup mama.
masa awal perkahwinan dulu, mama pernah "berkawan" semula dgn bekas kekasih mama. [matilah kalo bini dia baca.sure dia salahkan mama,padahal laki dia pun  2x5]
tapi, Alhamdulillah mama cepat sedar.
skang neh, memaseng dah ada life memaseng.
memaseng dah bahagia dgn pasangan memaseng.
beza adaMaya & mama&Papa adalah, kami kawen bkn pilihan keluarga tapi atas dasar cinta.

memang, biler tengok setiap episod dlm adaMaya neh, mama teringat balik kesilapan yg mama pernah buat.
nasiblah mama tak sebodoh Maya.huhuhu [bile ingat balik, rasa nak tunjal pale otak seniri.huh!]
p/s: korang rasa kan, patut ke kita/pasangan kita masih jalinkan hubungan dgn bekas kekasih?walopon hanya sebagai kawan?

bile tengok episod semalam tuh, sedih sangat2.
rasa cam Maya mempersiakan cinta Adam.
harap Maya cepat sedar.Allah tahu apa yg terbaik tuk kita.Hanya wanita yg baik dapat lelaki yg baik tau!!!
[apesal mama terlebih emosi neh???hadui!!!]

p/s/s: ni yg tak suke neh.dok teringat balik kat "dia".shuhh!!!gi jauh2...sy dah BAHAGIA dgn CINTA hati sy skang neh. i lebiu,B...mama leb zahra so much.muuaahhhh!
p/s/s/s: auto-publish gak.


love: mamazahra

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!