Thursday, 8 April 2010

Merajuk?Bagaimana nak pujuk?


hai korang :))
sehat??
apa pasal mama buh tajuk cenggitu?
mama tengah merajuk skang ni tau.merajuk ngn papa la of coz.
takkan mama merajuk ngan zahra kot.tak feel langsung..hehe
korang pernah tak merajuk dengan suami/tunang/bofren korang?bohonglah kalo takde!!boleh percaya ke??
merajuk2 manja pun takde ke?hukhuk
mama ada gak sekali-sekala.tapi, merajuk bersebablah.tak kesahlah samada sebab yg munasabah atau tak.janji bersebab.hikhik
Mama rasa setiap pasangan mesti hadapi masalah cenggini.betul tak?"lidah tak boleh bohong" tau!!
ke kawan2 neh mmg tak suka majuk2 neh??rasa menyampah jek kalo merajuk2 neh.
mama ni suka jek merajuk, padahal nak harap papa pujuk, mmg takde lah.
papa bkn jenis manusia yang suka memujuk.
kalau mama merajuk ngn papa, mama malas nak tegur papa.papa boleh buat bodoh je tau!!
jgn harap nak mujuk.gerrammm!!!
Tak kiralah,  bila dah kahwin neh ataupun masa masih bertunang dulu atau masa berkapel
suka sgt merajuk.gedik! hikhik
Pada pendapatan mama yg tak berape byk neh, kalau tak merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tapikan, kalau pasangan korang merajuk. Apa yang korang buat?[buruknya lelaki merajuk!!!auuwww!!]
dan..kalau korang sendiri yg merajuk, apa suami/pasangan korang buat? [sharelah ngan mama.kasi api makin marak.muahaha]

Kenapa merajuk??
meh, mama kongsi apa sebab2 yg salu buat mama merajuk...antarannya...


1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa mama selalu merajuk.[cheh!bkn ensem mana pon laki hang tu.tu pon nk jeles!!].Mama rasa papa dah tak prihatin cam dolu2.[macamlah dolu papa prihatin sgttt!!haih] .Mama rasa papa lebihkan benda lain dari mama.mebi perasaan mama jek kot.hukhuk. Mama rasa cam papa lebihkan  kawan-kawan, kerja, keluarga dia dan sebagainya dr mama&zahra.haish~



2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Benda ni cam kurang logik sket.kdg2 mama leh merajuk kalau apa yg mama nak dari papa, tetapi papa tak tunaikan.alah, bkn benda besar pun, benda kecik2 jek. Sebagai contoh, mama nak sgt mkn western [kenapa pasal makanan pulak ni?nasiblah bukan pasal belacan.kihkihkih], tetapi papa ni tekak melayu jawa,nak gak mkn nasik. Jadi,mama pun merajuklah. Payah jugak ni.hehe


3. Orang lain lebih hebat dari mama
Ada masa tu, mama akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari papa.kalau bkn papa, siapa lagi??takkan ex-bofren pulak.haih!ni dah lari topik neh.hehe. Dan kadang2 tu, mama merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan mama rasa marah dan tidak selesa. pasal hal keje or whatever lah kan.konon2nya, tuk mengubat perasaan tu, mama perlukan papa tuk mendengar or sejukkan sikit hati mama, tapi...apa yg jadi???papa buat tak layan jek.hukhuk


Bagaimana nak pujuk??
kalaulah papa baca belog mama ni, mama nak sgt papa pujuk mama.huhuhu [tp, usah berharaplah.takde maknanya, appa nk pujuk.kalo mama tak pujuk diri sendiri, mmg xde lah apa nak berbaik ngn mama.macam papa pulak yg merajuk.huh!!]
mama bukan nak papa pujuk dengan bagi pezen or bunga [tp, kalo nak bagi, apa salahnya kan??dah dekat 4tahun tau xdpt bunya.huhu]
apa papa perlu buat??senang..mudah & menjimatkan...

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan  apa yang berlaku pada papa,apa yg appa rasa sebenarnya supaya mama paham. dan tanya pada mama kenapa mama merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan.At least, kalo papa bagitau hal sebenar, mama akn paham dan benti majuk. Janganlah berselindung. Dengan mewujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini [cheh!ayat tak boleh blah!!], dapat mengeratkan perhubungan kerana dgn itu, papa tunjuk yg papa mengambil berat psl mama. Ini juga bermaksud papa menunjukkan bahawa papa menyayangi mama.


2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, papa haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya mama merajuk dan papa tak berjaya memujuk, gunakan gaya yang tersendiri dalam memujuk hati mama. bukan susah pun.mama bkn bangsa yg mengada terlebih,manja sikit2 jek.heee :D .Dengan ini, papa kelihatan bijak dalam membuat keputusan. [boleh papa???]


3. Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? kalo mama tengah merajuk tu, cuba papa bergurau senda dengan mama, dengan menggelarkan panggilan2 manja yg salu papa guna time kapel dulu,"gegel", “bucuk”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power papa dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang mama sebutkan tadi. tak ke kelakar??dan sehinggakan mama pun boleh tersengih time tulis neh.hehe ;)) [ececeh,gediks~]


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha…tips ini merupakan bagi mama tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak .[Sebenarnya, mama pun tak sanggup nak dengar.ngeh3].takde lah.at least, papa smskan bait lagu yg memberi makna ke.[tak perlulah sampai papa berkaraoke dalam phone.auwww!!].cthnya, lagu yg jd febret papa, "wahai kau cinta". Tak ke boleh buat mama senyum dan ketawa?.Dah pasti senyuman terukir di bibir.heee...mengada!!


okeh, dah!!ini cuma cadangan.kalolah papa buat cenggini.sumpah mama takmo merajuk dah!!!hikhik

jap..jap...
korang tahu tak, apa psebenarnya yg berlaku neh??
sebenarnya cenggini, meh mama story.
apa punca sampai mama buat entry merepek cenggini.
Isnin dan selasa lepas, papa ada training kat PD.
so, mama cakap kat papa, 
mama: "mama ikut sekali eyh??"
papa: "okeh.book lah bilik.papa stay kt Bayu Beach Resort"
makanya, mama gigihlah book bilik.dan dapat.
pagi Isnin tu, papa gi PD nek bas yg company sediakan.dan petang tu, mama drive dgn cik Zahra gi PD.
punyalah susah payah,k.. [patutnya papa beretrima kasih tau pd mama, sbb sanggup susah-payah demi nak berada disamping papa.tak terharu ke???]
sebelum pegi tu, papa call suh bawakkan joran.okeh, lah.sbg seorang isteri yg taat.mama gigih cari joran & kelengkapan memancing papa kt setor.[tak terharu ke,papa???kalo mama, dah nangis dah kalo papa sanggup buat smp cenggitu sekali]
sekali, masa OTW nak gi PD tu, mama sms papa bagitau yg mama dah otw.tp, NO reply.
bila dah sampai, mama call.NO aswer.
so, mama check in jek la. sbb dah lewat sgt.dekat kul 5 lebih.mama lom solat.
then, mama sms pulak nombor bilik mama.NO reply.
lepas mandi & solat.mama call lagi.NO answer.
mama sms, bagitau mama & zahra lapaw, so mintak izin nak keluar.NO reply.
so, ptg tu, zahra dah nangis2 ajak keluar.mama sms lagi.NO reply.call.NO answer.
aduh!!darah dah menggelegak neh.apesal training smp xbleh nak reply sms or answer call kan.
mama ajaklah zahra keluar gi the store,PD.nasib baek ada cik GARMIN tau.hukhuk
kul 7lebih blek bilik.mama terserempak opismet papa.
sbb geram ngan papa.mama tak layan pun kawan papa masa dlm lif tu.
blek bilik, solat dan terus ajak zahra keluar gi dinner.
masa nak keluar tu, terserempak dgn papa.
papa:"mama nak gi mana??"
mama: SENYAP.malas nak layan.
papa:"bkn papa takmo reply sms.henpon papa kena tahan ngn trainer"
mama: "ikut sukalah!!!" [masa ni, darah mencanak naik.dah tak tahan]
papa:" betul.x caya sudah!!" [padahal, opismet papa mmg dah explain td masa dlm lif]
mama terus tarik zahra dan keluar jek, tinggalkan papa.
yang buat mama marah.papa langsung tak explain.pendek kata, tak pujuklah. or at least,  ckplah sesuatu yg menyedapkan hati mama.
bile mama blah jek, papa pun terus blah.
mama harapkan, papa pujuk mama.tapi, LANGSUNG takde,bengangnya!!!
mulai saat itulah, mama tak tegur papa.Salah mama ke?korang sila jawap!!!
malam tu, papa balik bilik kami kul 2pagi.[ade ke patut???]
walaupon mama lom tidur, tp mama pura2 dah tidur.
papa cakap yg dia punya aktiviti smp kul 2 br abes.
mama pura2 tidur smp tertidur ke pagi.
bangun pagi tu, mama masih tegur lagi.[punyalah baik isteri kamu,wahai Md Zahari.merajuk pun masih tegur tau!!].siapkan baju dan keperluan papa lagi tau.
kami keluar gi breakfast sama2.
tapi, pas masuk training jek.benda ni berlaku lg.papa langsung tak peduli dah dgn kami.
langsung tak tanya, apa kami nak buat,kami nak mkn kat ne.nak mkn ape
bila mama dah merajuk.dah marah.
setan pun mulalah kaco mama.
mama sms papa, biasalah kalo tgh marah.mcm2 sms mama bagi.bagitau, papa tak pedulikan mama&zahra lah.
mcm2lah.
yg buat mama angin, hotel kena check out kul 12.30ptg.training papa abes kul 5ptg.
apa mama nak buat? mana mama nak pegi??aduh!!!boleh buat jiwa kacau kalo camtuh.
kul 2pm, baru papa sms.."ADA PAPA PAKSA MAMA IKUT????"
mak kau!!!macam kena sambar petir okeh.
air mata terus merembes.mama kan ciwek.nangis jek yg mama tahu.
bukan papa nak pujuk,malah makin sakitkan hati.
sudahnya, mama & zahra lepak tepi laut.nasiblah ada taman kt tepi laut tu.
sementara mama layan perasaan yg tgh amarah tu, Zahra leh main buaian & slide.hukhuk
kul 5, papa sms.bagitau dia da abes training.
mulai Selasa 06-04-2010 kul 2pm tu, mama TAKMO bercakap dgn papa lagi, sampai ke saat ini.
itulah al-kisahnya..huhuhu



love: mamazahra


2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

wah..2 hari dah tak bercakap yek..merajuk besar nmpaknye ni.. harap dpt settle cpt2 k..mungkin papa Zahra tk sengaja sakitkan ati norly. kata trainer die yg 'kijam' tu dok simpan handphone kan..=p

Norly a.k.a MamaLeana said...

lily: alhamdulillah, semuanya dah OK..biasalah merajuk2 manja jek.hikhik

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!