Saturday, 3 April 2010

Baju Renang Muslimah

selamat berhujung minggu semua :))
apa kamu semua buat time wiken ni eyh??
kuar shopping??jogging??masak??tidur?? ni papa lah ni, kalo wiken jek, membuta.huhu

kami tak keluar ke mana pun sepanjang hari ni.
cuma keluar beli groceries, dan hantar cik Persona ke spa dan makan tengahari kat Solero Bistro.
mama ni wiken ke weekdays ke, tetap tak masak.
dapur tu, dah lama tak berasap.kihkihkih

niat nak masak ada, tapi bila angin malas dah dtg,Ya Allah tak boleh nak lawan dah.ekeke
satu hari dok ngadap tenet, walopon cik selkom laju2 lembab jek.hehe
mama dari pagi dok surf bendalah ni...
baju renang muslimah..
ekceli, dah lama mama dok usha baju renang baru.
yang ada tu, kakak mama belikan masa mama umur 16.
bukan dah tak muat, tapi agak menjolok mata.hukhuk.
dulu, mama tak matang lagi, kakak mama belikan.mama main sarung jek.janji kakak bawak gi wetworld or sunway lagoon.hikhik
sekarang ni, macam tak patut lak nak pakai.hehe
lagipun, lemak dah semakin terkumpul.ekeke
sejak dah kawen, kalau gi swimming or mandi2, mama pakai shirt dgn legging je.
cam tak seronok pulak.
tu yg gigih dari pagi dok surfing.heee :))
so, mama terjumpa satu website, kedai kat klang je.dekat sgt nohh!!
islamic baju renang milik matus.nak tgk klik sini.

mama memang berkenan sangat design cam ni...
dia ada byk kaler
grey
pink
hijau
biru

dan..mama berkenan sgt yg pink tu.
tapi, malangnya, design camneh dah TAK ADA.
dah sold out.sedihnyeee!!!huuuwaaaaa!!!

yang ada design sporty floral neh..
biru
cokelat
hitam putih
biru
hitam polka dot putih

mama tak berapa berkenanlah.corak fabrik dia cam pelik sikit.
so, kalau korang semua ada nampak design yg kat atas tadi tu, yang plain tu, tolong bagitau mama.
mama nak sgt beli.
kalau boleh, esok nak beli, boleh gitu!!!hikhik
dah tak sabaw nak ada sendiri!!!
mama bajet, RM150 sahaja. mama ni bukan isteri toke balak.so, paham2 jek la ye!!!

mintak tolong ye kawan2 :))

love: mamazahra

2 comments:

NONIE ABDUL AZIZ said...

akak pun dah beli kat Matus...mmg banyak design..akak pun suka plain punya fabric...tapi Norly kalau nak sembunyikan lemak kita sayang tu Matus kata ramai yang amik corak bunga...tapi i kan bkn feminin mana soka bonga2 nih! tapi kat matus ni fabric dia mmg tebal murah plak tu baru RM 125 (kalau pi kat rumah dia sendiri la)

norly saliana @ mamazahra said...

k.nonie: last week, siap dah plan nk gi umah dia.tp si matus neh, main tetapkan masa lak, payah ar nk ikut time dia.lawo ke kak yg floral tu??haih, goli den nak pakai floral2 cenggitu.akak amik yg sporty ke?

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!