Seperti semua sedia maklum, anak dara mama memang mengalami masalah sembelit sejak umur setahun.
iaitu, sejak zahra mula makan apa yang mama & papa dia makan.
sejak dari saat itu, Zahra dah jadi pengunjung tetap Klinik Dr Shima ssb kerap susah berak buang air besar.
Sejak tu, memang selalu Dr masukkan kat bontot punggung Zahra.memang zahra fobia bila nak berak buang air.
tiap kali nak berak buang air je, Zahra nangis.susah hati mama & papa.huhuhu
bila orang dpt tahu Zahra alami sembelit, ada yang sarankan tukar susu.
dan sejak tu, mama & papa aseklah tukar susu Zahra.
sejak lahir, Zahra menyusu badan sampai umur 8bln je,lepas tu bertukar ke susu formula Enfa.
tapi, takde pulak masalah timbul.
tapi, sejak zahra mula makan makanan pepejal.Zahra mula alami sembelit.
memula mama tukar Enfa ke Bebelac, masih gak sembelit.
Lepas tu, Dr Shima suggestkan susu Pediasure.masih gak sembelit.
sekarang ni, Zahra minum Dutch Lady 123.dan masih lagi sembelit walaupun tak kerap.
mama ada gak bagi Zahra makan buah.pisang, betik, oren, epal dll.Tapi, masih jugak sembelit.
anak akawan2 semua, ada tak yg alami masalah yg sama???
meh, mama nak kongsi info pasal sembelit neh....
Sembelit ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah.
Ia juga melibatkan simptom lain seperti
- kesukaran membuang air besar [sampai merah padam muka zahra tau!!]
- najis berbentuk gentelan kering dan kecil [macam taik kambing.hik3 ]
- sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah.[perut mengeras,tp darah alhamdulilah xde pulak]
Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat tahi yang keras.
Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.
Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya.
Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri. [part ni, mmg payah.Zahra TAK SUKA prun/aprikot..tp, mama ganti ngn buah lain]
nak baca lebih lanjut, baca kt SINI
love: mamazahra
No comments:
Post a Comment