Thursday, 4 March 2010

Cuti2 Pantai Timur : Day 1

Maaf ye, mama peram lama sangat entry Cuti2 Pantai Timur ni.
cerita dah hampir basi ni ha.
actually, trip ke pantai timur ni dari Januari lepas dah plan.
Officemate mama planned nak gi Jalan-jalan cari makan.
hotel pun dah booked Jan'2010.
kami bajet, masa tarikh percutian ke Pantai Timur tu,duit bonus dah masuk.
sekali, tak masuk dah...hehehe [padan muka, sapa suh pepandai plan.hikhik]
nasiblah, papa ada.leh la back up.hehehe
nasib tak plan gi Bandung ke Bali ke.
kalau x, ada yg dok kat hotel je sepanjang bercuti.hahaha
26-02-2010, kul 6.45pagi kami dah keluar rumah.
kul 5pg tau mama bangun.
barang dah packing malam, tapi takut lak ada yang tertinggal.
so, pagi tu, check semula.
lepas solat dan mandi, terus gerakkan papa dan zahra.
memasing liat nak bangun.hehehe
kami plan tuk berkumpul kat NKVE tol Bukit Raja kul 7pagi.
masa cik Persona sampai En.Bakar&Co. dah sampai.
awal gila!!hehehe.mesti memasing teruja nak berjalan.heee :D
kul 7.20pg, baru lah En.Iman&family dan anak2 dara (Kak CT, Aia, Sheila & Natrah) sampai.
teruskan perjalanan ke tol Gombak, tuk berjumpa dengan Asyrani & Anis.hehe

Zahra lena sepanjang jalan..

berhenti jap kat Petronas kt Gombak, memasing nak top up Touch n Go.
papa lak beli bateri kamera, sebab mama lupa nak charge camera.hahaha
[Asyrani & Anis ketua rombongan]
masuk ke Gombak, hujan dah start turun.
lebat sangat.
so, memasing drive slow je.

[harap maklum, muka bangun awal pagi.tu yang selebet je.hehe]
Alhamdulillah, lepas je terowong kt genting tu hujan dah stop.
kul 8.40 stop breakfast kat Genting Sempah.

papa makan nasi lemak + nescafe panas


mama makan nasi lemak RM1.50 + teh tarik kurang manis.
n.lemak kurang best.huhuhu
lepas breakfast, teruskan perjalanan lagi.kali ni leh speed sikit.
lagipun, masa dah lari sikit dari perancangan asal.

"Welcome to Pahang Darul Makmur".
kami jejak Pahang kul 10pagi.

Destinasi Pertama kami adalah Bukit Gambang Resort City.
Plan asal nak sampai kat Gambang kul 11, tapi terlewat sikit.kul 12 baru sampai.
time tu, BGRC dah crowded dan panas terik.
tapi, layankan gaklah mandi.hehehe
Tiket kat BGRC, adult = RM19.90 dan kanak2 12thn ke bawah =RM12.90.
tapi, bagi kanak2 yg tingginya tak sampai 90cm=F.O.C
so, Zahra free la, kalo gi next year, sure Zahra dah kena bayar.hehehe

kat belakang Zahra tu, Coco Beach.syok hoo!!!!
memeula air tu tenang je.
lepas tu ombak kuat.
Zahra naik takut mandi kat situ.
tapi, personally, mama lebih suka waterpark kat BGRC dari Sunway lagoon.

sebab, ada banyak permainan.
ada yang sesuai tuk kanak2, dewasa dan keluarga.
boleh kata, semua golongan boleh main kat BGRC.
yang sepeselnya kat BGRC ni, kita tak boleh beli guna duit.
semua benda [makanan,pelampung,locker] kena beli pakai point.
kita kena top up bangle ni at least RM50.00 dan boleh top up lagi kalau tak cukup.
sebab derang tak galakkan bawak cash time mandi.
kalau nak guna locker RM7, dia akan bagi bangle getah.
sowi, mama tak amik gambar bangle locker tu sebab papa yang pakai.
papa sorang je yang top up point a.k.a e-cash tu.
mama dengan zahra tumpang je.hehehe


[abaikan gelang tangan saya yg tak seberapa tu.hihihi]
[abaikan Zahra yang tengah merangkak kat kolam renang.budak tecik ni tak pandai swimming lagi.hehe]
ini kawasan tuk budak2.ada slide, ada terowong dan kolam yang tak dalam.
so, takdelah risaukan Zahra sangat.
tuk main yang terowong, mama or papa gilir2 bawak Zahra.
apa yang best lagi kat BGRC, ada permainan yang thrill.
mama tak tagu apa namanya.
tapi, papa try main lebih 4 kali.
derang kena meniarap atas span dah slide turun.
masa akan dicatat.so, memasing akan try pecah rekod la.
dalam masa yang sama, 5 org akan turun sekali.
so, derang fight masa memasing.
papa main ngan Asyrani, Anis, Shafiq anak En.Bakar dan En.Iman.
mama tunggu kat bawah je.jaga Zahra.[padahal kecut perut nak main.hahaha]
kul 2 memasing dah tukar baju.
[tunggu ahli rombongan yang lain salin baju]
memasing muka dah terbakar.
paling terbakar, Asyrani la.hahaha.
jangan marah haaa!!!

kul 2.40ptg kami keluar dari BGRC dan terus gerak ke Kuantan.
kul 4 singgah kat Chinatown, EC Mall Kuantan.
plan nak makan tengahari kat Restoren Indonesia kat area situ.
lagipun tunggu En.Bakar & wife yang tengah meronda kat EC Mall sementara kami mandi-manda kat BGRC.
cuma anak2 En.Bakar je join kami mandi.

muka memasing dah letih.
penat woo mandi!!!


[muka tanpa mekap.hangus je.hehe]
setelah berbincang dan bermesyuarat, cancel makan.
oleh kerana tak jadi makan, kami terus gerak ke Fantasia Beach Resort, Pantai Balok Kuantan.
Fantasia ni resort lama.
dekorasi kayu yg menarik tapi tak terjaga.
sayang sangat sebab rekaan dalamannya memang klasik.
sebab tak terjaga, nampak horror sikit.hehehe

bilik kami...2124


ada ruang rehat kat luar..


meja mekap yang klasik.
perasan tak lampu tegak kat sebelah meja tu, bersawang beb.
tak tipu!!!
nampak macam dah lama tak dibersihkan.jeng..jeng..jeng

TV lama yang takde Astro.hahaha.
ada TV1,TV2 dan TV3 je.
tapi, dah namanya nak gi bercuti kan bukan nak berehat tgk TV.hehe

bilik air yang tak terjaga.
shower pun cam segan-segan je nak keluar air.
watewr heater dah tak fungsi.
menggigil beb, mandi pagi.hahaha

nasiblah syiling tak bersawang.heeee :D
sementara menunggu dinner kul 6.30.
papa tidur.
mama bawak Zahra swimming kt kolam depan bilik kami.
sowi, gambar tak ambik sebab sure semua akan terkejut sebab kolam berhabuk, tak terjaga.
tapi, nak bagi zahra main air.okeh jek la.
nasib tak gatal badan.hikhik
tapi, masa mandi tu, ada ramai gak yg mandi.
ada sorang tu masa dia berjalan dalam kolam renang, dia terpijak something dalam kolam.
habis berdarah-darah tapak kaki dia.
seriau mama, terus ajak Zahra masuk bilik.
ntah apa ada dalam kolam tu, mama bajet kaca je.
kul 6.30 kami gerak ke Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur.
dinner kat sana.
oleh kerana skip lunch, so memasing memang melantaklah tuk dinner.
penuh meja ngan makanan.
dengan sata, sup cendawan, ikan pari pakar petai, ikan siakap sweet sower, sotong masak pedas, sayur kailan dan sayur kangkung.
gambar tak ambik, sebab dah kebulur.hehehe
tapi, ada gak sheila dan En.Iman ambik, nanti mama update ye!!!
tapi, Ana Ikan Bakar Petai ni memang mabeles!!!
sata dia TERBAIKKK!!!
lepas makan, terus gerak ke East Coast Mall,Kuantan tuk sesi KARAOKE kat SongBox.
2 jam nyanyi beb.
macam-macam lagu, dangdut, rock, rock kapak, jiwang,lagu omputih semua ada.
memasing nyanyi.
yang paling best, siap nyanyi ramai2 lagu Keluarga Bahgia.
kelakar!!!
1st yime gi karaoke nyanyi lagu nasyid.
tapi, paling havoc masa nyanyi lagu Love Story ramai-ramai.best!!!
semua menunjukkan bakat terpendam memasing, takde sorang terkecuali.
budak2 tak kiralah, Zahra reti makan je, mana reti nyanyi.hahaha

muka puas dapat nyanyi.hehe


happy!!!
malam tidur lena beb.bajet suara sedaplah.hahaha

apa kami buat hari kedua???tunggu!!!!

love: mamazahra

4 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

bestla opismate norly ni..slalu buat aktiviti sesama kan..nmpak dh kamcing giler..=D

p/s: tk pernah ke bgrc mahupon sunway lagoon..kesian kan..padahal sunway lagoon tu sekangkang kera jek dr umah..hehehe

norly saliana @ mamazahra said...

lily: tu lah, opismet norly mmg sekepala.walopon br kenal derang setahun lebih, tp dah rapat cam adik-badek.x kira umur pun :)

p/s: ni 1st time pun norly gi BGRC,kalo sunway lagoon tu mmg 2,3 kali la..kalo gi Kuantan jenguk papa zara, sggh la BGRC.best woo!!!

ibu_umairah said...

best nyeeee jalan2 pahang....dah lama tak jalan pahang

|| NaFiRaa || said...

wahhh.. sonoknye!!! bila lah ai leh pi jenjalan gak nih!!heheheh..:)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!