Wednesday, 16 December 2009

Sembelit...Pembelit...Terbelit

Antara 3 benda kat tajuk tu, 1 jek yang ada kena mengena dengan cerita mama.

yang dua lagi tu, saje jek bagi gempak.hehe
cambiasa lah mamazahra ni kan suka beno buat gempak.



okeh, nak share ngan semua mama-mama kt luar sana.
mana tahu, kowang pun alami perkara yang sama ngan mama.
ops, bukan mama yang sembelit ye.
penyakit mama, alhamdulillah dah lama sembuh.
sekarang ni, berjangkit pulak pada si tecik tu.
ish, pelik gak kan.
penyakit sembelit ni penyakit berjangkit ke???



kalo mama, yang dewasa ni pun boleh tak tahan kalo sembelit.
ini kan pulak, budak kecik yang belum pandai mengadu sakit pewot.
Zahra alami sembelit sejak dia mula makan makanan biasa.
maknanya sejak dia berumur setahun.
gile weyh..
dah masuk setahun lah dia derita sembelit.



banyak dah mama usaha.
tapi, masih lum berjaya.

sejak baby, memula Zahra minum S26 Gold.
tapi, Zahra tak serasi, asek muntah jek.
then, mama tukar ke Dulac.
juga muntah-muntah.
so, mama tukar ke Enfalac A+
Alhamdulillah, sejak minum Enfalac A+, Zahra dah tak muntah.
maka, kami teruskan.
Then, dia bertukar ke Enfapro A+ sampai lah umur setahun.

Lepas, Zahra injak umur setahun, kami tukar ke Enfagrow A+ pulak.
dan Zahra dah mula makan makanan seperti orang dewasa.
dan sejak tu lah Zahra selalu sembelit.
mama selalu gak bawak Zahra gi klinik gara-gara tak boleh membuang.



Zahra bergantung pada ubat lembutkan najis tuk buang air.
kesian mama tengok anak dara mama.
sejak baby Zahra selalu membuang, 2 kali sehari.
sejak kena sembelit neh, 2 hari sekali.

mama ada tanya gak pada Dr Shima pasal benda neh.
tapi, Dr Shima kata, jgn risau.
memang biasa kanak-kanak sembelit.
so, dia suruh mama bagi banyak jus buah.
so, bagi jek ubat lembutkan najis tuh.
dapatlah Zahra membuang sekali sehari.

tapi, kowang tahu jek la.
Zahra ni payah makan ubat.
so, memang seksa lah nak paksa dia makan ubat.
maka, Zahra tak nak makan kalo dia rasa pewot dia sakit.
Dr Shima sarankan mama cairkan sikit susu tu masa bancuh.
mama ikutkan je, tapi Zahra tetap alami benda yang sama.

Aritu, masa melawat nenek sedara mama.
Zahra sakit pewot dan nangis.
Zahra ni kalo nak membuang, akan menyorok satu tempat dan meneran.
so, kakak sedara mama,Kak Hendon nampaklah.
bile mama bagitahu yang Zahra alami sembelit.
Dia suggestkan Bebelac EC.

K.Hendon cakap, anak sulung dia pun alami benda yang sama.
bile DR dia suggestkan Bebelac EC, Danial dah tak sembelit lagi.
so, mulalah pencarian kami.
seluruh Klang dah cari Bebelac EC neh, tak jumpa pun.
yang ada Bebelac neh..




so, mama try bagi Zahra.
Alhamdulillah, Zahra dah tak sembelit.
tapi, mama perasan yang susu tu tuk 6bln keatas.
takde pulak tuk budak 1.5yrs.
so, mama takut pulak tak sesuai.
so, mama stop.

dan ada gak kawan yang suggestkan Dutch lady 123.
so, mama try bagi Zahra.


Sejak minum Dutch Lady 123 neh, Zahra masih sembelit.
kali neh, dia makin teruk.
kadang sampai 3 hari Zahra tak membuang,
kesian sangat kat dia.
so, mama bawak dia gi Klinik Dr Shima.
Dr Shima suggestkan mama tukar susu Zahra dari Dutch Lady ke Pediasure.
walopon susu neh mahal, mama tak kisah.
asalkan Zahra tak sembelit lagi.

baru seminggu mama try.
Alhamdulillah, ibu cakap Zahra dah lawas.
kalo berterusan ok, kami akan menten Pediasure tu.

tapi, mama tetap risau.
korang ada cadangan bernas tak?


love: mamazahra =)

8 comments:

shila ariff said...

cuba bagi dia mkn buah2an..mcm pisang or betik ke..apple ke..sekali sehari ke..byk mkn mknan bersup..air penting utk penghadaman gak..

~mamazahra~ said...

shila: ada gak norly bg zahra makan buah.tp, dia tak bape suka pisang or betik, sbb lembik kan.so, noly bg lah epal..tp, tetap sembelit lah.huhu

lily azliyana @ mama zara said...

siannya cik Zahra ade mslh sembelit ni. siap bertukar2 susu dh byk kali yerk..kite pon tkde experience mslh mcm ni. nasib baik Zara sejak bby serasi ngan susu Anmum tu. smpai skang tk berani tukar brand takut tak serasi..

try pergi ngan pakar nutrisi kanak2 ke. kot2 la diorng ade solution yg lebih berkesan kan..

Raja Radiah said...

ala sian Zahra...cuba bagi makan buah2 dan banyakkan minum air kosong....

imaninarafizal said...

mek.. nina pon minum ssu babelac gak tp sampai setahun je ak tukar lah dia dutch lady...so far ok je tak plk sembelit tp dulu masa minum babelac cik nina ak sembelit...tp skrg dah tak lg ...ko try bg minum air campurkan dengan madu...selamat mencuba

NONIE AZIZ said...

itu maknanya selera dia yang mahal-mahal ok!!! hahahaha

NONIE AZIZ said...

akak masa Nurin dulu memang ada problem..pasal dulu akak ikut betul arahan berapa sudu..sekarang ni Nayli mmg tak de problem pasal akak tak ikut arahan tu biasanya kalau dlm arahan 7 sudu akak akan bu 3-4 sudu..

~mamazahra~ said...

lily:pakar nutrisi?kt ne eyh kte nak jupe?spital or any klinik pakar?risau gak neh..


k.radiah.sian tgk dia fobia nak buang air.buah?buah pape ke?zahra suka epal,tembikai &mangga jek.boleh ke?

sya: ye ke?aku try bg air ngan madu tu.insyaAllah...

k.nonie: Zahra mmg selera tinggi ok.papa dia yg susah hati.tp, kalo x sembelit lg, kami ok jek sediakan yg mahal.tp, kalo tetap sembelit, mmg kena tukar susu lg.huhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!