Tuesday, 15 December 2009

Birthday of Sultan Selangor (Selangor only)

Sorry ye kengkawan.
Cerita dah kepam dah.
mama baru nak share.
tak pe kan???
semua tahu kan, yang jumaat lepas kami, yang bekerja mencari rezeki di Selangor bercuti umum.
so, jangan jeles ye warga Selangor yang keje kt KL or other negeri.ngeh3
takde sepesel mana pun cerita cuti kami.
tapi, syok ho...
bulan neh, 4 hari jek keje dalam seminggu.
fuh, makan gaji buta la.hehe
khamis kan mama gi tengok teater.
so, balik dah lewat malam.
singgah pulak makan, sebab kami memang kebulur.
so, pas solat subuh tidur lagi la gamaknya.
zahra pulak kat umah ibu.
maka, mama dan papa bermalasan lah atas katil.tettt!
bermalasan jek ye, bukan berajinan.ngeh3
nak buat aktiviti lain kena rajin, tak boleh malas-malas.wakaka
Lepas mandi,mama terus gi amik Zahra.
anak dara mama dah bangun tau.
pas bekfes, mama layan kartun ngan Zahra.
dan papa pulak mengambil alih tugas mengemas rumah.
menyapu lantai dan mop lantai adalah tugas papa sejak kami kahwin ye.
papa memang extra rajin dari mama.
bukan mama yang extra malas ye, kawan-kawan.ahaks
mama ada gak tolong papa ape-ape yang patut.
seperti, tolong pegang plastik sampah bile papa nak masukkan sampah dalam tu.wakaka
dan mama tolong pegang dan angkatkan apa-apa yang papa mintak tolong.itu je.
tak rajin ke mama??hihihi
Lepas papa solat Jumaat, baru kami lunch.
mama masak spagetty.
As usual, papa akan makan nasi dengan kuah spagetty.hehe
kejam tak mama?
tapi, papa tak kisah sikit pun.
papa memang tak cerewet bab makan.
papa makan apa saja yang mama masak.
belah petang, seperti biasa papa yang tidak pernah jemu main futsal.
main futsal lah dia.
mama,zahra ngan along iqbal gi la taman permainan tuh.

sandal cik zahra...hadiah dari nenek wok aka MIL

zahra yang panjat slide dari depan ye.
anak-anak yang lain, sila jangan tiru aksi Zahra neh.
dan..
mama nak kongsi video neh.
ekceli, banyak video yang mama rakam.
tapi, mama nak share yang satu ni.
pasal ape?
tengok dulu...



mama tak heran anak dara mama terror memanjat slide.
tapi, mama teruja tengok anak dara mama dah pandai pakai sandal sendiri.
mama tak perasan pun, sejak bile Zahra pandai pakai sendiri.
rasanya zahra memang dah lama pandai.
cuma, mama yang tak perasan.
sungguh tak prihatin kan???hikhik
sebab, setiap kali keluar ngan mama, mama yang akan pakaikan sebab mama ingat Zahra tak pandai pakai lagi.hehe








love: mamazahra =)

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!