Wednesday 23 December 2009

Bulan Cinta - Episod 5 : Majlis Persandingan

ceritera cinta seterusnya..hikhik
Majlis persandingan mama dan papa pulak.
kami bersanding selepas 3 minggu bernikah.
kami bersanding 14-Jan-2007.ngam-ngam 3 minggu.
nape mama dan papa nikah gantung?
hehe..ekceli takde sebab tertentu.
cuma kami gigih nak nikah on papa's birthday,24-12-2006.
wiken after nikah tu, hari raya aidil adha pulak.
takkan nak sanding time raya pulak kan?
maka tertangguhlah...
pastu, wiken selepas raya qorban tuh.
family sebok uruskan anak masuk sekolah pulak.
tu yang terpaksa drag sampai 3 minggu.
maka, kami bersandinglah 14-01-07.
Majlis kami berlangsung secara sederhana jek.
ada sebab nape tak buat grand2.
mama lom ada kerja tetap.segala perbelanjaan kawen di tanggung suami & family.
so, takkanlah nak bermewah-mewah ngan duit orang.betul tak?
kalo ikutkan hati, memang nak buat ala-ala wedding of the year.
tapi, kita buat ikut kemampuan la kan.
takmo lah menyusahkan orang.
bagi mama, cukuplah ada adik-beradik, sedara-mara & sahabat handai.
itu jek!
tema yang mama pilih HIJAU.
tak tahu kenapa mama pilih hijau.sedangkan kaler febret mama PINK.
ekceli, sebab nak gembirakan mak.kaler febret mak kan HIJAU.
lagi pun, masa mama bertunang, mama dah pilih pink.
pulak tu, masa abang ateh mama kawen pun, tema pink jugak.
derang dah bosan ngan kaler pink.
dan, kakak-kakak takmo dah buat baju kaler pink lagi.hehe
tu yang pilih hijau tuh.kaler syurga gitu [nak sedapkan hati seniri senarnya..hehe]
Sebelum Majlis Berinai, mama buat acara bersalin baju.
mama pilih baju jawa & baju puteri perak.
terserlah tak ke'jawa'an nya??kihkihkih
Majlis berinai mula pas solat isya'
mama & papa pakai songket tabur dark green.
selepas berinai, kami pakai baju hindu pulak.
cam kelakar jek pakai baju neh.
lagi-lagi nak posing ngan papa.
papa dah la keras cam kayu.
aduii, derita sungguh!kehkehkeh
ala-ala Rani Mukherje dan Shah Rukh Khan dalam Kuch-Kuch Hota Hai...
poyo jek!!

Kami bersanding Ahad, 14-01-2007 jam 12.30tghari.
tema adalah Hijau Lumut.


selepas bersanding, baju last, baju gown.
oleh kerana mama tetap nak bertudung, maka cam kelakar sikitlah.
tapi, sangat berpuas hati.
walopon tak bape nak cun kan...hehe


yang penting, kami sangat bahagia :)

p/s: teringat acara basuh periuk belanga selepas bersanding.fuh!cam nak patah pinggang.hikhik




love: mamazahra =)

2 comments:

AkMa said...

tarikh sanding kite sama la..heheheh..14.1.2007..and tarikh nikah kite 25.12.2006..sehari lepas awk..

Norly a.k.a MamaLeana said...

akma: ye ke??kebetulan pulak ye..tp, tarikh nikah xsama pulak kan.hehe.happy anniversary tuk awak gak..dah dekat kan, 2 hari jek lagi :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!