Friday 23 October 2009

~ Akhirnya, dia pergi jua ~

lama sungguh belog ni menyepi.[ada org perasan ke??]
mama terlalu bz menguruskan perkara2 penting.
dua hari berturut-turut, kami diselubungi kesedihan.
dari Rabu hingga Khamis.
Airmata ni tak berhenti mengalir.
Rabu 21/10/2009
kalo kowang perasan,n3 "Air dicincang takkan putus".
n3 tu mama istimewakan buat abang mama yg menjadi tahanan.
kami adik-beradik telah membuang dia jauh dari keluarga kerana dia menjadi seorang tahanan.
kami buang ikatan kekeluargaan hanya kerana dia seorang tahanan.
kami tidak pernah melawatnya.
niat tuk melawat juga tak pernah wujud.
kami tak pernah amik peduli.
kerana kami rasa, dia tidak memikir panjang sebelum melakukan kesalahan.
manusia mana tidak membuat kesilapan?
kita sendiri buat silap, cuma kesilapan yg kita lakukan tidak menyalahi undang-undang negara.
okeh, petang selasa tu,kakak mama sms gtau yg ada pihak berwajib dtg umah memberitahu yg keadaan dia yang sedang sakit tenat di Hospital Kajang.
Mak minta mama hantar ke Hospital Kajang tuk melawat.
Walopon dia pernah kami buang, tapi bila dengar keadaannya, hati ini luluh juga.
so, pagi Rabu tu kami 6 beradik perempuan berkumpul dirumah.
kul 8.30 dah bertolak ke Hospital Kajang walopon tahu waktu melawat kul 12.30.
kami sampai depan pintu wad hampir kul 10.
kami mintak izin tuk naik jumpa dia.
memula jaga langsung tak bagi naik,suh tunggu gak kul 12.30.
tapi, setelah kami bgtau yg dia sedang tenat,kami dpt jupe secara gilir.
Kak Lang mama naik dulu.
hati kami berdebar-debar tuk tahu keadaannya.
tak sampai 5 minit, Kak Lang call dan bgtau yg dia telah kembali pada pencipta-Nya.
masyaAllah, macam nak pengsan bila dengar.
mak pulak hampir pengsan.
yang buat kami paling terkilan, bukan Rabu dia meninggal, tapi Selasa jam 1.15pm.
maknanya da lebih 12jam jasadnya berada dibilik mayat.
Kejam nya pihak berwajib.
walopon dia tahanan, tapi dia tetap manusia biasa.
dia tetap punya keluarga, punya mak.
kenapa pihak berwajib tidak menghubungi kami tuk beritahu pemergiannya.
kami beramai-ramai terus ke Bilik Mayat, luluh hati kami.
kami hanya dapat berjumpa jasadnya yg kaku.
seluruh ahli keluarga diberitahu tentang pemergiannnya.
kami cuba tuk membawa pulang jenazah.
tapi, oleh kerana dia seorang tahanan begitu susah tuk mendapat keizinan.
kami terpaksa berjumpa pelbagai pihak tuk memohon keizinan menguruskan jenazahnya.
usai solat Asar, barulah jenazah "Allahyarham Khambali Isnini" selamat dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan dia Hospital Kajang.
Kul 5.30pm barulah kami bertolak dari Kajang tuk balik ke Klang.
oleh kerana jalan jem, Arwah hanya dapat sampai ke Tanah Perkuburan Rantau Panjang kul 7.15pm.
itupun kami terpaksa menunggu pihak berwajib sampai tuk mengebumikan.
Kami tidak dibenarkan menguruskannya.
hampir 7.30mlm barulah arwah selamat disemadikan di sebelah Arwah bapak.
mlm itu juga, kami mengadakan tahlil tuk Arwah.
hampir tengah malam, barulah segalanya selesai.
belum pun tamat segala kesedihan, waktu mama bangun tuk solat subuh.
mama tengok ada 6 missed call dari Abah kul 4.30pg.
mama pun gtau papa, lepas papa on henpon barulah kami dapat tahu makcik papa,iaitu adik abah juga telah kembali kepada pencipta-Nya kul 1.15pg 22/10/2009.
rasa lemah lutut, dua hari berturut kami kehilangan keluarga rapat kami.
begitu besar dugaan Allah.
Sampai hari ni mama maseh rasa lemah.
nak pergi keje pon masih lom mampu.
apatah lagi nak buat kerja.
fikiran masih menerawang ntah ke mana.
asek memikirkan kenangan bersama mereka.
ye, mama tahu, yang pergi tetap pergi.
kita yg masih hidup, perlu teruskan kehidupan.
mama perlu masa.
Allahyarham Khambali Isnin selamat kembali kepada pencipta-Nya 20hb Oktober 2009 jam 1.15ptg dan Allahyarhamah Fauziah Ngadiman pada 22hb Oktober 2009 jam 1.15pg.
Doa mama, biarlah kedua-dua Arwah selamat di sana,di sisi-Nya dan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan yg beriman.Amin.





love: mamazahra =)

5 comments:

Dania's mummy said...

takziah yer... sedekah al-fatihah byk2 utk mereka. tu je yg mampu kita buat.

mamapp said...

sabar byk2 ye norly.. ini semua takdir tuhan.. dh tertulis semua nih.. semoga arwah keduanye sentiasa dirahmati allah.. aminn

Norly a.k.a MamaLeana said...

k.daya:terima kasih.ye, hanya itu yg kumampu...


adda:amin...ada sebab semua ni terjadi..

Sha@Mama TinaAzra said...

Maaf ye..sha baru perasan n3 ini. Takziah buat norly sekeluarga...

Betul kata norly kat n3 lepas tu..walau siapun dia..berapa byk dosa dia..dia tetap darah daging kita..sha setuju..

Tuhan lebih tau apa yg terbaik..bersabar lah dengan ujian-Nya

Norly a.k.a MamaLeana said...

sha:terima kasih.hope sume dah ampunkan sgl dosa dia.moga Allah terima dia seadanya dan tempatkan dia ditempat yg terbaik disisinya.amin.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!