Tuesday 20 October 2009

~ Air dicincang takkan putus ~

walau bape banyak pun kesalahan dia,
walau bape banyak pun dosa dia,
walau bape ribu kali pun dia ulang setiap kesalahan dia,
walau bape banyak pun hati yang terluka kerana dia,
dia tetap darah daging saya.
walau bape jauh pun saya buang dia,
walau bape puluh tahun pun saya cuba lupakan dia,
walau bape ribu maki hamun saya pada dia,
dia tetap darah daging saya.
darah yang mengalir dalam tubuh dia, adalah darah yg sama mengalir dalam tubuh saya.
dia dan saya lahir dari rahim yang sama.
dia juga membesar dengan susu hasil dari ibu yg sama, iaitu MAK.
saya rasa gembira bila dia tiada,
saya rasa seronok bila dia tidak pulang,
tidak sedikit pun rasa risau,
tidak sedikit pun rasa kasihan,
tidak sedikit pun rasa simpati,
malah, rasa bahagia yang amat.
kalau boleh mahu dia terus pergi,
kalau boleh mahu dia terus lupa jalan pulang,
kalau boleh mahu buang dia dari salasilah,
tapi,
bila tahu dia sakit,
bila tahu dia tak akan sembuh,
bila tahu dia akan pergi selamanya,
hati yang selama ini sakit, rasa sayu.
hati yang selama ini bengkak, terus surut.
hati yang selama ini gembira bila dia tiada, rasa hiba.
ini lah yang dinamakan "air dicincang takkan putus"...
Moga dia sempat memohon keampunan-Nya.
Moga setiap hati yang terluka kerananya, memaafkannya.
Moga dia tenang terima Qada' dan Qadar nya, jika itu yang terbaik untuknya.
amin.


love: mamazahra =)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!