9/1/13 - 9/1/14 maka genap lah setahun perubahan besar dalam hidup mama dan anak-anak. Selain status mama bertukar, seluruh kehidupan kami 3 beranak juga bertukar. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Mama dan ank2 berjaya harungi cabaran dan dugaan sepanjang hidup bertiga.
Terima kasih tak terhingga diucapkan tuk mak, adik beradik, anak2 sedara, officemate, BFFs dan ank2 kerana sentiasa berikan semangat tuk mama teruskan hidup dan yakinkan mama yang mama mampu jalani hidup tanpa papa. Walaupun cabarannya kekadang mampu buat mama hilang punca, hilang keyakinan dan hilang semangat. Tapi kalian sentiasa berikan mama kekuatan tuk jalaninya.
Dugaan ini buat mama dan anak2 lebih kuat dan tabah. In shaa Allah.
Moga Allah terus beri kekuatan tuk kami jalani hidup bertiga. Moga Allah permudahkn urusan kami. Moga Allah murah kan rezeki kami dan tidak lagi mengharapkan bantuan pinjaman kewangan dari keluarga. Moga Allah bukakan hati papa tuk hulurkan nafkah keperluan anak2. Amin Ya Rabbal Al Amin.
Terima kasih pada kakak mama, Endek, Anjang dan kak ngah yang selalu hulurkan bantuan kewangan tuk dipinjamkan pada mama saat mama perlukan dana. Terima kasih pada officemate mama yang selalu beri pandangan dan nasihat macam mana mama dan mulakan langkah especially bab berkaitan mahkamah dan pejabat agama. Terima kasih BFFs, Nadhra, Ana Farhana, Eida, Sarah, Ejan, Ayu, Isha, Amm dll yang sentiasa menadah telinga saat mama nak luahkan perasaan yg terbeban dihati dan sentiasa beri mama kata-kata semangat. Terima kasih kerana kalian pinjamkan telinga dan bahu tuk mama mengadu. Setiap satu jasa kalian pd amma dan anak2 tak akan mama lupakan sampai ke akhir hayat.
Terima kasih pada anak sedara mama, iqa yang bagi mama pinjam kereta saat papa amik balik kereta dia dari mama. Tq hulurkan bantuan saat mama patah kaki nak ke mana-mana sebab takde kereta. Terima kasih pada anak sedara, Ayong sebab tolong jagakan anak-anak saat mama hilang punca saat papa tinggalkan kami. Terima kasih pada kak ngah dan abg ngah yang tumpangkan kami 3 beranak saat mama tak mampu nak hidup bertiga saat papa tinggalkan kami. Terima kasih pada Andak dan family yang tolong mama jagakn Zahra dan Zharif saat mama outstation dan tq sebab tak berkira masa dan wang ringgit dengan anak2 mama.
Ucapan terima kasih dan belanja makan mungkin tak cukup tuk membalas setiap satu bantuan kalian pd kami bertiga tapi kami bertiga takkan lupakan selagi hayat kami ada.
Tq pd MZMB yg tolong mama uruskan pembelian En. Black dan sentiasa ada tuk mama, buat mama tersenyum semula saat merasa diri ini tak layak tuk senyum. You know who you are! Tq so much ;)
Setahun yang lalu mungkin pahit tuk kami bertiga tetapi setahun yang akan datang di harapkan akan beri kenangan manis tuk kami. In shaa Allah. Amin.
10 comments:
Kagum.. tak semua wanita setabah awak. mudah2an.. tahun ini dan yang mendatang akan beri sinar bahagia buat awak dan anak2.
salam norly..dah setahun rupenye ye..tak sangka dah selama ni..huhuhuhu..apepon, sgt kagum dgn ketabahan norly dan anak2..teringat dulu2 norly ada pernah tinggalkan komen kat blog kite kata kagum mcm mane kite leh hidup pjj ngan papa zara zareef ..tp dlm keadaan mcm ni, norly lah jauh lebih tabah dan kuat sbnrnya..semoga Allah gantikan kesedihan norly n anak2 selama ni dgn kebahagiaan pada masa akan dtg k..keep being a strong mom!!..
Nafira : in shaa Allah. tq 4 da doa :)
Lily: masa kita belum lalui, kita tak tahu yg kita mampu laluinya, tp bila kita terpaksa laluinya baru kita sedar yg kita mampu hadapi ujian Allah walaupun berat pd orang lain. Alhamdulillah. In shaa Allah, moga ada sinar harapan tuk kami 3 beranak.
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".... janji Allah dalam surah al insyirah ni akan kemudahan yang akan diberi selepas kesulitan yang di alami. Jangan pernah sesekali kita meragui janji Allah.... mungkin kemudahan itu bukan di dunia tapi di akhirat kelak inshaAllah.....
"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".... janji Allah dalam surah al-insyirah dimana akan ada kemudahan yang akan diberi selepas kesulitan yang di alami. Jangan pernah sesekali kita meragui janji Allah.... mungkin kemudahan itu bukan di dunia tapi di akhirat kelak inshaAllah.....
ALLAH SWT sayang awak dik, itu sebab DIA uji dan DIA tahu hambanya ini layak untuk menerima ujian dariNYA. Amin
Salam kenal...
1st time akak baca blog awk..u are strong actually. Semoga terus tabah dan berjaya disamping ank2..:-)
Jom singgah blog akak if sudi. Thks
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
mamaninasofea: in shaa Allah. Amin.
Kak Kin: ye kak, sy REDHA dgn ujian Allah ni....
K. Norma: Salam kenal kak :) tq sudi singgah blog sy yg tak seberapa ni. in shaa Allah sy buat kunjungan bals ke blog akak nnt. skang ni dh jarang2 blogging, tak cukup masa. hehe. tq kak, doakan norly terus kuat eh :)
semoga terus tabah Norly
lama dah thu tapi tak berani nak tnya
sbb sedang diuji
sama2 mendoakan yg terbaik untuk kawan2
ayu: aku tahu, ramai rasanya dah agak tpi tak berani nak tanya direct ke aku. terus doakan aku & ank2 ye!!
Post a Comment