Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 2014 semua !!!!!
Maaf lambat wish, bukan tak excited nak mulakan babak baru 2014 tapi minggu pertama dah busy kalah isteri Perdana Menteri. Almaklum lah anak dara mama, Nur Dhia Zahra masuk tahun 1 2014 ni. Mama masih belum dapat biasa kan diri lagi dengan rutin baru. So, agak kelam-kabut sikit. hehehe
Actually, 28/12/2013 lagi dah hari orientasi murid tahun 1 sesi 2014 tapi time tu sekolah kebangsaan je sebab sekolah agama orientasi awal, 26/12/2013. So, 2/1/2014 bila sekolah serentak sesi pagi dan petang maka kelam-kabut lah mama. Pagi hantar Zahra sekolah agama, kul 9 datang teman Zahra rehat, then kul 11 jemput balik sekolah agama. Dapat rehat sekejap, then kul 120 Zahra dah masuk sekolah kebangsaan. Kul 3.20 pulak temankan Zahra rehat dan datang amik Zahra kul 610petang. Sampai tak sempat nak buat benda lain walopon cuti 2 hari 2 & 3 hb tu. Serius tak cukup masa. Tapi, Alhamdulillah mama teman zahra rehat sehari je. Jumaat, 3/1/2014 tu Zahra dah boleh rehat sendiri. Tapi biasalah comot kemain baju dan tudung dia. Bab tak ambil duit baki beli makanan tu satu hal lah. Kaya lah makcik kantin tu kalau hari2 zahra tak amik duit baki. Hehe. So, mulai hari ni mama bagi zahra duit syiling supaya dia bayar ngam2. Kita tengok cemana hasilnya. Setakat hari ni, mama cuma bekalkan zahra roti sebab mama tak masak bekal lagi. Tapi mama plan nak start masak bekal mulai next week. In shaa Allah. Kena bajet masa kul berapa nak bangun masak dan siapkan anak2. Fuhhh! Berpeluh ketiak. Hahaha
Tapi, dalam tak cukup masa nak cuci uniform sekolah, kasut sekolah yg jadi rutin baru mama tu sempat lagi mama ber-skytrekking kat Skytrex, Taman Botani Shah Alam pada hari Sabtu 04/ 01/2014. Sebenarnya, mama ni takut tinggi tapi mama ni sukakan cabaran. so, mama telah mencabar diri sendiri tuk join BFF mama ber-skytrex. Alhamdulillah, walaupun dah lama tak buat aktiviti lasak tapi mama berjaya sudahkan semua halangan skytrex. Mama rasa, last mama buat flying fox masa umur 20 kot. Kalau tak silap masa join Biro Tata Negara (BTN) kat UiTM dulu. Lepas tu, mama cuma panjat Broga dan Gunung Datuk je. Selain tu, aktiviti mama adalah shopping dan shopping dan makan dan makan. Ha! mana tak gemuk. Hehehe
Okeh, macam yg mama bagitau dalam entry lepas. Nak share wishlist 2014 mama!!! Tarrraaaaa.....
1. Nak deko rumah - beli dan hias ikut kemampuan
2. Nak buat tabung travel - nak gi Istanbul or Japan
3. Nak buat tabung anak2 - tak boleh harapkan orang dah (even papa derang sendiri)
4. Nak buka akaun Tabung Haji (target 2016 nak baut Umrah, moga Allah jemput mama jadi tetamu-Nya)
5. Nak beli Go Pro (senang nak travel)
6. Nak kuruskan dan kurangkan berat badan (mama dah subscribe program Jom Kurus 1 Malaysia bersama Kevin Zahri. Kita tengok nanti apa hasilnya. Hehe. Dan dah subscribe spa tuk memanjakan diri. Yeayyy!!!)
7. Nak kurangkan online shopping especially baju (tengah mencari kekuatan ni)
8. Nak buat aktiviti lasak (panjat gunung, memandu ATV, wall climbing, run dll)
9. Nak masak dan makan makanan sihat (kena kuat dan sihat tuk besarkan anak2 sendiri)
10. Buat tabung cukai taksiran, roadtax dan service maintenance tuk En. Black)
11. Nak setelkan hutang kad kredit
12. Nak bahagiakan diri sendiri ♥♥♥
Okeh, dah panjang sangat kot. Kita buat dulu. Agak2 dah tercapai, kita sambung wish lagi. Hahahaha
P/s : meh kita tengok gambar zahra sekoakh dan gambar time skytrex. Lalala
Love: Sweet Mama
No comments:
Post a Comment