Assalamualaikum.
Selamat bercuti semua ;)
Apa aktiviti korang hari ni?
Kami aktiviti penuh dari pagi sampai malam.
Bangun pagi, kul 9 dah sampai pasar borong. Ada orang sewa chocolate fountain machine mama siap dengan coklat fou tain skali. So, pagi-pagi gi beli coklat dan sediakan bahan-bahan. Nasib baik marshmallows, biskut jejari dan buah-buahan tuan rumah sediakan sendiri.
Kelam-kabut, bila tengah prepare machine baru perasan yg tak machine tak lengkap. Terpaksa patah balik dari sementa ke saujana utama tuk amik. Nasib baik anak sedara mama, ayong tolong mama double boil kan coklat. Alhamdulillah, setel kul 11 pagi.
Tengah hari lepak dengan anjang, andak n kak ngah kat umah kak ngah. Post mortem majlis sambut menantu kat lenggong last week dan discuss pasal majlis bersanding kat sijangkang pulak.
Kul 1 gerak balik saujana utama, abg awie nak tolong pasangkan ampaian dan towel handle. Sementara abg awie dan andak setelkan hal ampaian, mama keluar kat area saujana tuk cari barang rumah dan tapau nasi kukus. Kul 4 baru lunch. Kesian kat abg awie n andak. Huhu
Kul 6.30 dah gerak balik sementa pulak. Dinner ramai-ramai, abg ngah madak asam pedas ikan duri. Lepas dinner bawak mak gi umah andak. Malam ni kami 3 beranak tidur umah andak je.
Esok pagi-pagi nak gi orientasi sekolah agama zahra. nervous mama, tapi zahra kemain excited. Hehe. Harap Allah permudahkan semuanya.
Okeh, berbalik pada tajuk utama. Hehe. Poyo tak ayat? Lempang nak?? Haha. Ok serius sikit. Mama rasa peribahasa ni memang jadi pegangan mama sejak jadi janda ni. Peribahasa ni tuk naikkan semangat mama yang kian pudar sekarang ni. Baru mama tahu, susahkan nak besarkan anak sendiri. Kelengkapan sekolah, yuran dan buku sekolah mama kena siapkan sendiri. Berpeluh taw! Banyak jugak belanja anak nak masuk tahun 1 kan?? Redha. Mujur ada kakak-kakak yang membantu ringankan beban. Malu sebenarnya nak susahkan diorang, tapi mama terpaksa. Gaji mama cukup-cukup makan tuk bayar komitmen dan hutang-piutang. Duit simpanan habis tuk masuk rumah. Moga ada rezeki mama tuk selesaikan hutang-hutang mama selewatnya bulan January. In shaa Allah.
Nak buat macam mana kan. Mama tak boleh nak harapkan papa diorang yg memanjang tak cukup duit. Pasrah. Ujian Allah tuk mama dan anak2. Jangan papa susukan kera dihutan tetapi biarkan anak di rumah mati kelaparan sudahlah kan. Moga kesusahan hari ni akan berbalas satu hari nanti. Mama percaya, rezeki di tangan Allah. Allah akan bukakan pintu rezeki tuk kami. Amiin. Biarlah susah sekarang, in shaa Allah senang kemudian hari. Who knows kan??? Jangan putus doa, Dia senantiasa mendengar rintihan hamba-Nya yg sabar.
Tuk sahabat yang akan hadapi situasi yg sama, iaiti anak masuk tahun 1 sesi 2014. Good luck uols!!! Sama-sama kita tabah tuk lepaskan anak kt sekolah. Harap mama tak menangis esok. Huhu. Wish me luck!!!
No comments:
Post a Comment