Tuesday 12 February 2013

Anak-anak adalah penyejuk mata dan hati

Assalamualaikum semua :)

Sikit punya lama belog ni tak berupdate kan. Korang rindu mama tak? Rindu zahra n zharif tak? Tak? Kalau tak, lepas ni berbulan-bulan lah mama malas update. Hehe

Takde apa yang menarik mama nak share la. Nak share gambar pun tak best sebab zharif tak ensem sekarang ni. Muka dia berparut. Tatau lah sebab apa. Berebut mainan dengan anak baby sitter atau dia main mainan yang berbahaya. Last week hari khamis mama jemput zharif, nampak pipi dia cam ada calar. Mama fikir maybe kena cakar dengan budak2 lain. So, mama diamkan je.

Tapi, jumaat pagi bangun tidur calar tu dah merah dan berair. Luka tu tak dalam sangat tapi agak mengerikan jugaklah. So, mama ada lah bubuh krim luka tuk bagi kering. Tapi budak kecik ni bukan reti dok diam, dia gi garu tempat luka tu maka berdarah lagi. Tu yang muka dah macam samseng taik minyak. Segan tau, semua orang nampak dok tnya kenapa. Nampak macam mama dera dia tau. Mama tak pernah tau pukul anak samai gitu. Paling garang pun, mama pulas telinga atau cubit je. Kira garang gak tau mama ni, mama kecik dulu tak pernah kena pun. Hehehe

Nak buat cemana, mama ni takleh nak tengok anak nakal sikit. Memang tangan ni laju je pulas telinga atau cubit. Hehe. Tapi, mama paling kuat membebel lah. Mama suka membebel kat zahra dan zharif. Pastu mama suka nangis tau, kira macam mintak simpati supaya derang tak buat lagi. Huhu

Mama ni boleh dikategorikan sebagai ciwek lah. Sikit-sikit nangis. Sekarang ni makin menjadi-jadi lah kan. Marah sikit kat budak-budak tu, nangis. Penat sikit, nangis. Budak2 tu buat sepah, nangis. Zharif ni lembut hati sket, bila mama nangis terus datang dekat peluk mam dan kiss mama. Nak harap zahra? Dia tu keras kemain tau, jangan harap nak nangis sesama ngan mama. Cuma, dia akan nangis ngan mama bila mama nangis time baca doa lepas solat.

Anak-anaklah penyejuk mata dan hati mama. Bila mama sedih, anak2 lah penawarnya. Bila mama letih, anak2lah pengubatnya...

Anak-anaklah sumber kekuatan mama... Harap, Allah pinjamkan anak-anak lebih lama tuk mama... Sehingga mama menutup mata.. In shaa Allah

P/s: gambar lama sbb takde gambar baru.huhu

Sent from mama's SweetBerry®

2 comments:

Unknown said...

saat berduka,,anak2 lah ubat paling mujarab utk menghilangkan kedukaan...

Norly a.k.a MamaLeana said...

fiverul wan: setuju sgt2... bkn je saat berduka.. saat letih pun sama gak, penat cemana pun bila nmpk muka ank2.. hilang semua penat n stress.. tenang je :)

Anak kan anugerah yg Allah bagi tuk melengkap hidup kita.. ada hikmahnya kehadiran mereka dlm hidup setiap ibu bapa kn...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!