Lamanya tak membebal kat sini kan.
rasa cam susah tul nak update belog, malas kemain sungguh.
tapi, hari ni cam rasa nak share tips ni pulak. dapat tips ni hasil google la. mama dah lama sebenarnya save tips ni dlm folder, tapi lupa nak publish. hehehe. almaklumlah, dah lama sangat tak update via blogger.com. manjang update thru BB or gmail je. hehe
okeh, meh la kita share tips mendidik anak ni tuk kebaikan bersama. lately, sejak dua menjak anak dah semakin membesar ni cabaran nak membesarkan diorang berdua tu makin dasyat pulak. dengan kakak yang semakin banyak bercakap, satu kita cakap, sepupuh patah dia jawab. geram sangat tau. ikut perangai siapalah kan?? si adik pulak, makin lasak tak reti dok diam. letih mama dibuatnya. setiap hari mama dah jadi tarzan, terpekik-terlolong. tapi adik buat tak paham je. mana mama dia tak hangin satu badan kan.
bila pikir balik kan, memang cara didikan mama salah. langsung tak ikut sunnah nabi. so, bila dah terbaca tips ni, marilah kita sama-sama amalkan tuk kebaikan anak-anak kita. sesamalah kita berubah ye... anak-anak ni cepat betul membesarnya, sekejap je dah besar. kadang kita tak sedar kan... pejam-celik, anak-anak dah remaja. lagi banyak cabarannya kan.. doa mama, biarlah anak-anak membesar dengan kasih-sayang dan mengikut ajaran Islam.. insyaAllah, kalo bukan mama sendiri yang ajarkan, biarlah mama hantar ke sekolah yang bleh bagi ajaran Islam yg sebaiknya... kita serah pada yg pakar. kita as parent yg bekerja ni, cuma dapat meluangkan masa dengan anak-anak time malam dan hari cuti je. selebihnya, masa dihabiskan kat sekolah. so, kita cuba beri pendidikan yg baik tuk anak-anak kan... InsyaAllah.
jom, sesama kita amalkan!
4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
------------------------------------
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

p/s: Bln sepuluh ni Zahra masuk 5tahun, plan nak dia celebrate kt school je. apa yg mama nak sediakan eh? masih merancang lagi. any idea kawan2??? please share :)
--
Sent from my desktop yawww!
Norly Saliana a.k.a pinkmamaDZ
http://mama-zahra.blogspot.com
No comments:
Post a Comment