Korang dah tidur ke? Awalnya! Mama tak tidur lagi, mata tak ngantuk pulak. Askar-askarku dah tidur, aman sikit nak ngadap blog. Kalo tak, si kakak dok bising "mama ni asek enfon aje, langsung tak layan kakak". Amekawww! Kena sound tepat ngan anak dara. Kalo tak pun, si adik asek mengacau. Belum sempat nak karang ayat bombastik, dia dah sibuk nak nenen. Geram tau. Tu yang tak dapat nak berblog sangat. Tapi don't worry, blog korang sentiasa mama terjah. Tapi nak komen, memang tak sempat. harap maklum eh.
Okeh, berbalik pada tajuk utamam "kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa". Mama bukan nak story-mory pasal orang mulut tempayan, atau mulut ala-ala kak nam atau mulut laser. Tapi mama nak story pasal mama. Bukan lah mama ni mulut puaka, dek non oi. Mama ni mulut ada insuran tau. Hikhik. Sebenarnya nak cerita tentang mulut mama yang asek nak makan ni. Asek nak makan benda sedap-sedap je. Mulut ni boleh kata, langsung tak berhenti mengunyah. Kecuali, time tidur. Dasyat tak? Kalo tak kunyah jajan, kunyah buah, kalo tak pun kunyah kerepek. Adoiiiyaii! Tak larat dah. Sudahnya???.... Badan mama binasa. Badan jadi gemuk, perut jadi buncit, lemak jadi tepu, spare tayar jadi berlipat-ganda. Nak nangis tau. Sedih sgt!
Semuanya, kerana mulut! Kerana mulut yg nak mengunyah je ni badan jadi cam pompuan mengandung 2 bulan. Tak pasal-pasal, ada yang tegur "eh, awak dah bulat lah", "eh, awak mengandung ke?", "eh, awak nampak berisi lah". Sangat jujur teguran anda itu! Saya terima seikhlasnya.. Huhuhu
Rasa cam balik umah, nak sorok masuk almari tak mahu keluar dah. Atau nak nyorok kt bilik air, nangis kuat-kuat sambil pasang paip air laju-laju dengan harapan takde orang dengar. Huhu
Sedih sgt. Down sangat. Rasanya macam dah cuba kawal pengambilan makanan, dah kurangkan makan nasi. Tapi tetap mendapat teguran yang boleh membuat jiwaraga bagai dirobek sembilu. Hukhuk
Tapi kan, pelik sangat sebab masih boleh pakai baju size kecik, size jeans dah berkurang 2". Tapi tetap gemuk dan buncit. Sedih!
Apa nak buat eh? Mungkin kah ada benarnya teguran mereka? Apa harus mama buat? Diet? Gi gym semula? Amik pil kurus? Gi sedut lemak? Atau gi sliming centre?
Adoi, stress! Terus rasa nak makan dessert. Sedapnya Italian Rainbow Cake, sape jual angkat tangan????kikiki...
Ok, rasa down sgt2 ni.... Good night semua :)
Semoga mimpi dapat kuruskan dan ringankan badan dan perut jadi kempis semula. Hahaha
Sent from mama's SweetBerry®
No comments:
Post a Comment