Wednesday 1 February 2012

XPDC : Menawan Puncak Gunung Datuk, Rembau Negeri 9

Alhamdulillah, 14hb Januari 2012 merupakan XPDC pertama mama setelah bergelar isteri dan mama. Hampir lebih 10tahun, mama meninggalkan segala aktiviti lasak ini. Macam mimpi pun ye jugak...

Last sekali year 2000 or 2001, mama mendaki Gunung Jerai, Kedah. Lepas tu, paling tinggi pun bukit kat Uitm main kampus, tangga kt Fakulti Perakaunan, Bangunan SAAS (itu pun sebab blackout dan lif rosak), selain tu Bukit Tinggi dan Bukit Raja je yang mama berjaya tawan masa Jusco Sales. Hahaha

Seminggu dua sebelum date keramat tu, mama plan nak jongging tapi tak berkesempatan sebab every weekend aktiviti padat. Mama cuma sempat main badminton je kat laman rumah setiap hari dengan anak sedara mama. Kalo bukan irfan&iqbal, ieka. Jadilah dari langsung tak exercise kan. Tapi tu pun main gitu-gitu je, tak ada net dan court pun. Huhu

Aktiviti berjalan kaki memang mama buat lah, sejak 20hb lepas manjang mama tawaf jusco bkt raja, jusco bkt tinggi dan ikea. Aktiviti menghabiskan duit bonus. Hahaha

So, preparation tuk hadapi XPDC ni boleh kata zero lah. Seminggu sebelum pergi tu, mama gigih gak menyediakan kelengkapan hiking. Punyalah bersemangat waja nak beli kasut hiking segala, tapi satu pun tak jumpa. Semua takde size. Kesian sebab kaki mama ni taraf kasut budak. Kasut sukan dewasa semua besar gabak. Sedihhh....

Sudahnya, sarung je kasut sukan yang mama beli lebih 10tahun lepas. Kasut Timberland kanak2 kaler pink. Mujur mama sempat hantar jahit tapak dia sebab kasut tu memang bergam je. Alhamdulillah, kasut tu berjaya sampai ke puncak Gunung Datuk tapi terkorban separuh jalan masa turun dari puncak. Hukhuk. Mujur mama bawak kasut spare. Kasut futsal. Itu pasal kaki mama sakit gila sampai ke hari ni, gara-gara pakai kasut yg tak sesuai. Huhu

Gambar sepanjang xpdc banyak guna kamera henpon bakal anak sedara mama, Asyrani. Encik Tunang Aien. Dan kamera henpon Jiji Azizi, kawan sekampung papa. Selain papa, mama, Aien, Asyrani dan Jiji. Ada 20org lagi yang join XPDC ni, semuanya kawan sekerja papa dan family dan kawan2 derang.

Alhamdulillah, dapat gak mama tawan puncak Gunung Datuk setelah mendaki trek yg mencabar selama 2jam 1/2.
Setelah bergambar dan alas perut atas puncak tu, kami turun ke kaki gunung yg ambil masa selama 1jam1/2.

Next XPDC adalah Bukit Broga :)

Ps: sorry sbb gambar berterabur

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!