Wednesday 29 February 2012

Say No to Chicken!

Gara-gara makan ayam, tak pasal-pasal satu badan kena gatal-gatal. Tumbuh bintat-bintat macam kena gigit nyamuk satu badan. Selama hari ni, takde masalah pun. Bedal lah ayam seekor pun, tetap takde papa. Last week, 22hb February time kat JB hari tu tetiba sehari selepas makan makan ayam McD spicy masa dinner, satu badan gatal-gatal. Bengkak-bengkak macam kena gigit binatang. Pagi esoknya 23/2, bergegas gi Hospital Penawar, Pasir Gudang sebab tak tahan gatal. Tak pasal-pasal, sepanjang 29tahun hidup pertama kali kena injek ubat alergic kat bontot. Malu tau dengan kakak staff nurse tu sebab mama merengek takut masa nak kena injek. Haha. Macam budak kecik!!
Semua gara-gara ayam!!! Menci tau!!
Lepas kena injek, gatal terus hilang secara otomatik. Terus brunch makan bihun goreng ayam tanpa rasa bersalah. Nasib tak gatal semula. Haha

Balik keje petang tu, sapu lotion busuk yang Dr amin bagi lepas mandi. Terus rasa berangin satu badan dan hilang semua gatal. Hehe

Lepas kejadian tu, terus elakkan diri dari makan ayam buat sementara waktu. Ahad tu, masa makan lunch kat rumah kawan matrik Siti Shalihah kt Kempas Indah. Tak usik pun ayam kari dia. Walaupun nampak mabeles. Mama berani rasa kuah dan ubi kentang dia je, ayam tak usik. Huhu. Tapi malam tu, tetap gatal-gatal. Tumbuh gak bintat-bintat merah. Lepas telan pil alahan, terus tertidur dan hilang gatal.

Setelah beberapa hari tak usik ayam, malam tadi tanpa pikir panjang terus order grilled chicken masa dinner kt Yok Mampir Cafe. Selamba habiskan ayam tu. Cuma suap papa sehiris, selebihnya mama bedal. Tak pasal-pasal pagi ni menggeletik satu badan. Bintat-bintat merah comel tu pun keluar dengan bangganya tanpa rasa kasihan kat mama. Huhu

Lepas telan pil alahan, alhamdulillah hilang rasa gatal.

Tapi kan, kompius gak mama. Kenapa setelah 29tahun mama bedal ayam, baru sekarang mama alah dgn ayam eh? Papa cakap, "nikmat" makan ayam mama dah ditarik semula oleh Allah. Betul ke eh? Betul kot! Redha jek lah. Lepas ni say NO to ayam! Tiada lagi makan ayam KFC, ayam McD, chicken wing Pizza Hut, Kenny Rogers yg sedap mabeles, spagetty chicken ball Secret Recipe! Uuwwwaaaa!!! Menangis lah tengok orang lain makan. Kesian kan mama???

Selama hari ni, mama tak bape suka beef. Tapi mulai sekarang mama kena belajar makan beef. Sedih!

p/s: pic bintat-bintat comel tu korg agak2 la kt area mana eh. Hehe. Agak censored disitu. Haha

2 comments:

eyrajabar said...

boleh tak nak kata pic tu kat peha...kikiki...
kena berpantang ayam la selepas ni.. ada hikmahnya tu...

skyymid said...

nasib kite sama....huhuhu memula xtau knp..xpnh kot..then baru tau punca...its chicken!! uwaaaaa...xdpt mkn ayam lg..xmau kna injek..yg xthn muka naik bengkak...huhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!