Sunday 25 December 2011

L.I.M.A

24.12.2006 - 24.12.2011, 5 tahun yg pertama tuk fasa kehidupan kami sebagai suami-isteri... Sebagai mama-papa kepada buah cinta kami, Zahra dan Zharif... 5tahun, 2 anak.. Hebat tak? Haha

Selamat Ulangtahun Pernikahan yg ke-5 hubby... Hari ni, genaplah 5thn usia perkahwinan mama dan papa. Alhamdulillah...
Masih terbayang, tarikh ini jam 10.20pagi lafaz ijab kabul memeterai ikatan suci antara mama dan papa...
Semoga ikatan suci ini dilindungi Allah selamanya...
Semoga kasihsayangcinta kami terus kekal dihati kami hingga ke akhir hayat kami...

Kerana Allah kita bersatu, biarlah juga kita berpisah kerana-Nya...kan papa? InsyaAllah...

Semoga kita berdua terus kuat hadapi setiap dugaan yg mendatang dan menepis godaan syaitan yg tak pernah penat tuk meruntuhkan ikatan suci ini..

Semoga kita berdua akan terus bersama tuk membesarkan dan mendidik anak-anak kita, Nur Dhia Zahra dan Muhammad Dayyan Zharif...

Walaupun ungkapan sayang dan cinta jarang terucap, tapi mama yakin rasa sayang dan cinta antara mama dan papa masih sama saat kami diijabkabul walaupun badai melanda rumahtangga kami selama 5 tahun ini... Dah serasanya, semakin bercambah rasa itu. InsyaAllah :)

Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang 5 tahun ini, Alhamdulillah... Kami masih kekal bersatu. Semoga kami masih bersatu tuk 50tahun akan datang dan seterusnya hingga ke hujung nyawa...

Mama tak pernah mengharapkan papa sediakan kemewahan atau melimpahkan emas permata... Cukuplah dengan kasihsayangcinta, kejujuran dan kesetiaan...

Mama pegang kata-kata ni sentiasa tuk mengingatkan mama bahawa Allah berkuasa menyatu dan memisahkan...
"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk KITA,
WALAU seluruh ISI ALAM ini MEMBANTU KITA untuk mendapatkannya,
Kita TETAP TAKKAN mendapatkannya....
TETAPI
Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu untuk KITA..
WALAU seluruh ISI ALAM ini MENGHALANG kita dari mendapatkannya,
Kita TETAP AKAN mendapatkannya dengan apa cara sekalipun..."

Semoga ikatan suci ini terpelihara oleh-Nya.amin.


Mama sangat-sangat cinta,kasih dan sayangkan papa!!! Happy 5th anniversary hubby!!! love you!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

M.A.M.A said...

hepi anniversary kak....smoga kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. 6th anniversary=3anak ok??haha

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!