Tuesday 8 November 2011

Gain weight or lose weight?

Mana satu nak???
Ofkos la nak yg lose kan?egege
Jeles sungguh tengok kawan2 yg sibuk nak naikkan berat badan sbb kekurusan tau... Kalo dah jadi cam mama ni payah!
Meh, mama nak story kronologi berat badan mama dari dulu sampai skang.
Dari zaman anak dara dulu, berat mama antara 42-45kg je. Bila kawen je, otometik berat naik ke 48kg. Tp time tu, perut leper. Lemak takde. Boleh kata solid lagi lah. Haha. Hati senang kot, ada suami. Egege. Lagi pun, a month after kahwen mama terus peknenkan cik Zahra. Hepi bukan kepalang kan. Telan semua benda, tak pikir dah berat naik mendadak. Huhuhu.
Sepanjang peknenkan cik Zahra. Berat naik sampai 63kg tau. Lebih kurang 15kg naik tu. Banyak kan? Serius badan kembang gile. Dah macam kingkong. Ye lah, apa jek nak makan papa turutkan. Kalo papa tak turutkan, kakak2 n abang2 plus ipar-duai yg tunaikan. Mahunya badan tak naik sampai 15kg. Pastu masa berpantang, berat turun ke 52kg. Cuma turun 11kg, dan 4kg lagi tertinggal. Sedih kan??? Mana taknya, pantang main-main. Memang nyesal tau!
Lepas habis berpantang, bermulalah episod jalan-jalan cari makan. Asal dengar makanan sedap jek, sibuk gi cari. Badan naik macam apam. Masa tu berat dah cecah 55kg. Pastu, mama gigih exercise kat gym. Dapatlah turunkan ke 53kg. Letih!
Masa tengah syok2 gi gym, papa ajak buat baby lagi.wuwu... Maka, peknen lah Zharif pulak. Berat badan naik lagi sebanyak 15kg, jadi 68kg. Hampir 70kg tu. Terus rasa nak nangis tiap kali gi monthly checkup sbb berat xpenahnya nak menten, turun jauh sekali tapi terus naik dan naik.huhu
Masa dalam pantang Zharif, Alhamdulillah... Dapat turunkan 12kg, jadi lah 58kg. Maknanya, berat tertinggal sebyk 5kg. Masih berat lagi. Tapi, mama tak diet sebab fully breastfeed Zharif.makan pun tak kawal. Tapi, lepas Zharif 6mos dan makan solid food. Mama cuba-cuba tuk turunkan berat badan. Kebetulan masuk bulan Ramadhan, dapatlah control makan sikit. Pastu masih teruskan mengepam susu tuk zharif pulak, at least apa yg mama makan jadi susu zharif dah tak jadi lemak. Tambah pulak, menggunakan "kuasa magis". Alhamdulillah, dapat turunkan sebanyak 6kg. Now, berat kembali kepada berat selepas pantang Zahra. Iaitu 52kg. Syukur..
Sekarang ni, target mama nak turunkan kepada berat yg sesuai dgn kerendangan mama ni iaitu 46kg. So, another 6kg to go. Tapi kalo dapat 45kg, berat masa anak dara lagi bagus kan. Hehe
Apa "kuasa magis" tu? Bukan bomoh tau! Nantilah mama kongsi entry seterusnya. Now mau tidur dulu!
Nanti mama buat entry bergambar sekali... Gambar mana yg ada time berat2 yg mama story tadi eyh...
Nite all!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

SURIATI AMAN said...

wahhh!!!! xsabar nk tunggu n3 "kuasa magis" tu!!! cepat share dgn su kak....su pun nak berat asal dulu gak!!!

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!