Sunday 27 November 2011

10:49

Alhamdulillah, sempena tahun baru ni nak rajin2 sikit.hehe *jangan hangat-hangat tahi ayam sudehhhh*
Hari ni nak cerita tentang anak-anak kesayangan yang memaseng semakin membesar. Si adik dah 10mos 18hb dan si kakak masuk 49mos 22hb. Anak-anak mama memaseng tengah demam+selsema+batuk, seolah-olah memahami yg mama derang ni tgh semput.so memaseng pun nak rasa yg sama.sangat bagus kan??? Mama dalam semput2 tu kena gak layan memaseng yang merengek dan meragam. *heppp!kata nak jd mama yg baik,takleh merungut.hikhik*
Ok,kita cerita 1 by 1 eyh... Pasal adik dulu lohhh... Bkn sebab mama sayang adik lebih la, sebab dah buh tajuk gitu kan...hehe
Adik setakat hari ni lom lagi boleh berjalan. Masih lagi berpaut kat perabut atau apa jek boleh dipaut. Masih takut nak menapak sendiri.berdiri sendiri tanpa pegang pun lom terror lagi. Sebelum demam last month, ada gak lah cubaan-cubaan berdiri sendiri dalam 10saat. Tapi lepas demam, terus lupa agaknya.hehe
Takpe adik, cuba lagi eyh... Pelan-pelan, mama tak paksa. Tapi kan, sejak baik demam last month tu zharif dah mula nak main sendiri macam sebelum ni. Kan mama adfa cerita yang dia tetiba takmo main dan nak berkepit ngan mama jek kan??? Alhamdulillah, dah ada perubahan...
Apa lagi eyh??? Oh, zharif masih menyusu badan. Alhamdulillah, rezeki susu tuk dia ada lagi. Syukur sangat!!!!
Dan skang ni, dia ada satu habit yg buat semua org geram. Dia suka sangat menggigit. Geram sgt!!! Sakit tau dia gigit, lebam badan mama sana-sini. Port paling dia suka, bahu mama. Adoih....
Okeh, cerita pasal kakak pulak lah. Ok, dah seminggu kakak Zahra cuti sekolah. Last gi sekolah 18hb. Malam tu ada Majlis Hari Kecermelangan Pelajar Pasti Al-Mawaddah, dan kakak perform malam tu. Lagu 1,2,3. What do u expect budak 4tahun boleh perform kan???takkan nak harap dia jadi ketua kumpulan nasyid pulak kan? Atau dia perform sorang-sorang? Kira dia tak nangis atas pentas tu dah kira OK lah... Next year kakak sekolah lain pulak, Tadika Islam Hira', insyaAllah.
Apa perkembangan kakak eyh??? Oh, kakak dah boleh bercerita dan cakap dalam ayat yang panjang macam budak besar. Alhamdulillah. Sebelum ni, nak bercakap pun susah, hanya bercakap dengan ahli keluarga jek. Sekarang ni, nampak dia dah boleh borak dengan kawan2, dgn ahli baru keluarga kami. Syukur sgt!!! Walopon masih pelat dalam menyebut sesetengah perkataan. Dan masyaAllah, zahra dah banyak cakap.... Sampai cam nenek kebayan dah mama rasa. Tak terlarat nak layan. Hehe
Kakak jugak dah pandai count, baca muqaddam dll... Walopon tak terror, dan still lupa2... But mama sgt happy =)
Apa pun, syukur. Dapat lihat sendiri perkembangan anak-anak =)
Got to go, kesayanganku semua!!!!

P/s: gambar kt atas tu, mama bawak anak2 gi tasik shah alam. Yg baju oren tu, anak sedara mama, Ieqa. Penantin baru tu.. Nikah 12.11.11, dan akan sanding 11.12.11

1 comment:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

Happy 10mth to Zharif n 49mth to Zahra..makin comel n cantik dedua nih..jeles tgk gmbar diorang berdua sbb skang susah bebenar nk amik gmbar berdua anak2 kite..Zara ok mmg kaki posing tp adik die plak aktif sgt smpai susah nk bergmbar..huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!