Wednesday, 13 July 2011

Cuti-cuti Cameron Highlands n Fraser Hill - Day 1

dah berminggu-minggu balik dari CH & FH, barulah berkesempatan nak update dlm blog.
punyalah payah nak update. kalo tak bz, tak sehat lak.
entry ni dah berminggu gak dok dlm draft, aseklah tertangguh.hehehe
takpe, pelan-pelan kayuh ye tak? baik lambat, dari tak update langsung.hikhik

Percutian kami Cameron Highlands 3D2N. bertolak Jumaat-24/06/2011 dan balik Ahad-26/06/2011
ekceli, percutian ni kira macam gathering lah tuk Department mama.
plan asal nak gi May'11 tapi tertangguh sebab memaseng sibuk dgn kenduri kawen dll.
so, tukarlah plan ke June'2011. Alhamdulillah, jadi gak akhirnya walaupun ramai yang tak dapat join.
selain family kecik kami, family En.Iman pun join.yang lain yang masih bujanglah, Kak Siti, Asyrani & Anis.
kami booked Sweet Home Apartment kat Taman Corina, Kg Raja, Cameron. agak jauh gak dari Brinchang.
Tapi, sangat selesa. Apartment 4bilik & 5bilik air.setiap bilik ada bilik air dan ada extra kt dapur.

okeh, jom citer dari bertolak eyh!cekedotttt!!!

aktiviti bermula seawal jam 8pagi.
kami berkumpul kat rumah En.Iman kat Bandar Bukit Raja.Bekfes roti canai & nasi lemak yg dibeli Anis.
mama tak sempat nak bekfes pun sbb Zharif meragam.hukhuk
papa dll jek yg bekfes.
lebih kurang kul 9pagi kami bertolak ke Cameron Highlands.
jommm!!!

oleh kerana kami bertolak hari Jumaat, so kami nak berhenti solat dan lunch kat Raub, rumah Kakak En.Iman kt Sg Lui kalo tak silap.hehehe
sebelem sampai rumah kakak En.Iman, kami tapau makanan tuk lunch sebab En. Iman cakap makanan tradisi kat Raub ni, Asam Rom. so kami pun nak try lah.

singgah foodcourt tuk beli Asam Rom dan lauk-lauk lain

okeh, jom gi rumah kakak En.Iman :)

kami bertolak ke Cameron kul 2lebih dan sampai ke destinasi pertama kami Ladang Teh BOH.kami sampai lebih kurang kul 4.30ptg.

amik gambar kt papan tanda tulis BOH adalah wajib.hehehe

ekceli, cafe dia tutup 4.30, tp kami nak gak minum so mereka terpaksa extent skit masa.tapi dgn syarat kena minum guna cwn plastik lah.hehe


masa tuk ngeteh!!


mama order Teacinno Caramel.sedap!!!

Destinasi ke-2 adalah Ladang Teh Cameron Bharat
kan dah cakap, wajib amik gambar kt papan tanda.hehe :P

kami 4 beranak :)
ini kali pertama kami cuti2 berempat dan ini kali pertama Zharif bercuti.
kalo nak tahu, ini adalah kali pertama papa, zahra & zharif jejak kaki kat Cameron dan ini kali kedua buat mama.
kali pertama mama gi Cameron masa mama umur 15tahun.hehehe.lama gila kan?CH dah banyak berubah :)


peace yawww!!!!

K.A.M.I :)
dari depan: kak ayu(wifey En.Iman), Anis, zahra & mama, papa & zharif, kak Siti & Asyrani.buat-buat nampak lah eyh..hehe


kami lagi...kali ni tambah lak, anak2 En.Iman & En.Iman

papa & zharif :)

our lil sweet family :)

mama
kakak zahra :)

lepas penat panjat ladang teh, kita shopping!!!!
orang lelaki, tunggu luar jek. kasi chance orang pompuan membeli dan membelah poket.
mama sempat beli FM dan hairband tuk Zahra.
dan Cameron Valley Tea Strawberry. itu MESTI. kalo gi CH tak sambar teh, rugi la kan..hehe

hasil belahan poket :)

habis shopping kt Bharat Tea, kami meneruskan perjalanan ke Brinchang tuk gi Pasar Brinchang.
best!!!
kami tapau makan malam tuk makan kt apartment.
macam-macam ada kt pasar brinchang tu, puas hati.cuma, orang ramai sgt.nak jalan tgk satu per satu gerai yg ada tu pun payah.
sempat gak beli stoberi.nyum-nyum.
pastu, gi Pasaraya Jimat tuk beli pampers kakak (takut ngompol lak, cuaca kan sejuk.hehe) dan beli chocolate spread tuk mkn ngn stoberi.yummehh!!!

kul 8mlm gak baru check in.
sorry gambar kat apartment kt opismet mama, so esok2 jek mama upload eyh...

k, to be continue...next entry!!!


p/s: mama MC hari ni, semput.ekceli smamalm ptg gi neb kat Klinik Anita pulak.pastu Dr Koshy Thomas tu kasi MC tuk hari ni.dia suruh rehat, sbb skang ni kan jerebu.keje kt Port lg lah terdedah jerebu & asap kan.so, relax jek kt umah...
si bambam zharif batuk & selsema.nak gi bawak dia pulak gi Klinik Anita.
doakan kami cepat sembuh ye kengkawan blog!!!

bye!!



love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

3 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

tgk gbar2 norly nih buat rase rindu kat ladang2 teh tulah..tk tau apsal dh jatuh chenta sgt ngan ladang teh cameron tuh..huhu..nway, berjaya ke makan steamboat arituh..update citer selebihnya cpt2 tau..=)

Lily@MamaZaraZareef said...

tgk gbar2 norly nih buat rase rindu kat ladang2 teh tulah..tk tau apsal dh jatuh chenta sgt ngan ladang teh cameron tuh..huhu..nway, berjaya ke makan steamboat arituh..update citer selebihnya cpt2 tau..=)

ketikketok said...

Jom cuti-cuti unik Terapi Spa & Keluarga Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!