Tuesday, 4 January 2011

Hari Pertama Persekolahan Nur Dhia Zahra

Salam.
dah lama tak bersiaran kan, siaran tergendala sementara lah.puan punya belog busy melayan anak daranya yang baru masuk sekolah hari ni.hehehe
mama amik cuti since Isnin [punyalah excited wehh.hikhik], tuk buat persediaan sekolah Zahra.
Hari ni, hari pendaftaran sekolah Zahra kat PASTI Al-Mawaddah.
actually, dari malam semalam lagi mama dah agak akan berlaku drama air mata kat sekolah sbb Zahra taknak try pakai tudung.
nangis-nangis taknak cuba tudung yang baru beli tu.
kalo korang perasan, zahra memang dari kecik tak berapa suka pakai topi or tudung.
bukan mama tak cuba, tapi zahra boleh bertahan 5minit jek,pastu topi/tudung dah campak ntah kemana.
so, awal pagi tadi. masa bangunkan Zahra cam senang sikit.
mebi sbb Isnin tu dah praktis bangun pagi.
pagi tadi, bangun siap bleh gelak-gelak sebab mama sakat dia.hehehe [tektik neh.ekeke]
tapi drama airmata bermula bila mama suruh pakai tudung.
sampai kat sekolah kul 8pg, ramai parents dah Q nak daftar.
time tu airmata dah berjurai-jurai sbb Zahra takmo pakai tudung gak.
sampai mama dah naik fed-up nak pujuk.sudahnya pasrah.ajak papa balik jek.
otw balik umah, sempat singgah gi beli bekfes.
masa tengah bekfes, ibu zahra suruh pergi sekolah semula. Ibu pujuk Zahra pakai tudung, baru Zahra nak.
so, pas bekfes pergi sekolah zahra semula.
pujuk Zahra masuk, tetap nanges.
mama slowtalk ngan cikgu pengetua.
then, Cikgu Laili cakap try seminggu as trial period. if zahra OK, dan nak sekolah.baru bayar yuran since budak 4 tahun cuma 3 orang jek. so, Cikgu terpaksa combine kelas 4tahun dgn kelas 5tahun since kekurangan cikgu buat masa ni.
kalo Zahra still meragam after a weeks, tahun depan jek sekolah.hehehe
mujur cikgu paham.
so, pas cikgu suruh masuk kelas, zahra dah start menangis meraung.
buat leceh betul, malu kat parents lain.walopon ada gak budak lain yg nangis.
since sepupu Zahra, Harith Fitri ada dalam kelas 5tahun tu, ingat senang lah nak pujuk Zahra.
tapi, takde maknanya. tak makan saman. nangis non-stop.
sudahnya, mama surrender. call ibuzahra mintak dia datang pujuk.
Alhamdulillah, pas ibu pujuk Zahra nak masuk kelas dan duduk belajar.dengan syarat ibu ada depan mata.
mama dan papa dah nyorok dalam kereta time tu.
sebab cikgu cakap, kalo zahra namoak mama dan papa lagi dia meraung nanti.so,kami nyorok.hehe
kul 10.50pg, ibu terpaksa balik sbb nak jemput Angah Irfan balik sekolah agama.
so, mama amik alih tugas jenguk Zahra.
bila Zahra nampak mama, terus berlaku drama airmata lagi.
langsung berlari keluar kelas dan dok peluk mama.aduhai.time tu jenuh pujuk Zahra masuk kelas semula sbb kelas abes kul 11.30pg.
tapi... tak makan saman. taknak masuk kelas langsung.
so, selama 1/2jam tu Zahra dok kat luar kelas ngan mama.huhuhu
harapnya., sok zahra dah OK. khamis mama dah start keje, jangan dia meraung kat kelas lagi udah ler.
terpaksalah ibu masuk kelas sekali gamaknya.hehehe
tapi, Zahra dah nak pakai tudung tau.
hari ni, masa teman mama check up 36weeks kt UMRA pas abes sekolah, Zahra dah nak pakai tudung.itu pun selepas diugut, if tak pakai tudung, takleh ikut.hahaha
so, sampai petang tadi nak ke playground dan malam ni kuar gi dinner pun, zahra nak pakai tudung. Alhamdulillah... harap berterusanlah...pasneh, gigih carik stok tudung tuk cik zahra plak.ekeke

gambar zahra kat sekolah tadi, sok jek lah mama update eyh!!!!
mlm ni cam tak larat dah nak menunggu upload. itupun kalo bleh upload lah kan.hehehe




love: mamazahra ^__^

4 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

ohhh..Zahra nanes sbb taknak pakai tudung jek ke..nih die dh start nk pakai hope esok oklah Zahra ke skolah ek..blajar rerajin tau Zahra..=D

NONIE ROSSI AZIZ said...

Teringat akak masa nurin baru masuk tadika dulu..pasal tudung jugak..tak mau pakai tudung macam zahra jugak tak biasa...tapi lelama ok...

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

lily: pg ni meragam xnk pakai tudung lg.jap dia ckp, tudung tu ketat.bile mama dah longgarkn, dia nanges jugak.sudahnya dpt gak pujuk zahra pakai tudung.
tp, bile smp sekolah, nanges nak berdukung.takmo masuk kelas, mujur ibu ikut sekali.ibu pujuk masuk kelas.tp, masih nanges.cikgu suruh tinggalkan jek.sbb aineh dah xleh tunggu.kuat gak dia meraung td.huhuhu

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

k.nonie: owh, nurin pun sama gak ke.hehehe.harapnya sok dah xde isu tudung lg lah...geram gak bile susah nk pujuk zahra td.huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!