Wednesday, 5 January 2011

Hari Ke-2 Zahra kat Pasti Al-Mawaddah

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua Zahra sekolah.
hantar pagi tadi, masih nangis cam semalam.
mujur ibu tolong pujuk Zahra masuk kelas.
masa papa,mama & ibu tinggalkan sekolah, Zahra masih nangis meraung.
tapi, Cikgu Rohani suruh mama balik jek sebab hari ni parents tak dibenarkan menunggu. biar cikgu-cikgu handle bebudak yang nangis.
risau gak mama tinggalkan Zahra dengan menangis meraung camtu. dahlah Zahra demam. malam semalam, 4kali Zahra muntah, badan pun hangat sikit.
tapi, biarlah Zahra belajar berdikari. sampai bila nak berkepit ngan mama jek kan.
walaupun berat hati nak tinggalkan Zahra kat sekolah, tapi mama keringkan gak hati ni.huhuhu
sampai kat rumah, mama yang macam nak demam.
mungkin sebab letih tuam zahra malam semalam atau sebab tak sanggup tinggalkan Zahra kat sekolah.hehe
kul 9.30pg, mama drive gi sekolah Zahra. kononnya nak pantau Zahra.
waktu tu, rehat. dari jauh mama nampak Zahra & kazen dia, Fitri berdiri kat tepi pagar. bukan menangis kat pagar, tapi tengah main.hehehe
sejuk sikit hati tengok Zahra dah berhenti menangis.
mama tak keluar pun dari kereta, perhati Zahra dari jauh jek.
tak sampai 10minit, mama drive balik, dalam kereta airmata dah bercucuran. mama lak yang buat drama airmata.hukhuk
sebak pulak hati bila tengok Zahra dah "big girl". dah sekolah dan tak menangis lagi.
lama gak lah, nak bagi airmata tu stop.masa singgah umah Andak pun, dia siap gelakkan mama.baru anak masuk tadika dah nangis, belum masuk darjah 1 lg.ekeke
walaupun hati dah lega zahra dah stop nangis. hati masih tak tenteram, dok teringat Zahra jek.huhuhu
kul 11.30pg, masa jemput Zahra dari jauh nampak Andak dah pimpim Zahra.
rasa sebak sekali lagi bila nampak Zahra menghala ke arah mama. ntah, rasa semacam. rasa cam, Zahra betul-betul dah besar.rasa cam tak percaya jek.hehehe
balik tu, bawak Zahra singgah kedai. bagi dia happy.
pasrt paling seronok, bila sembang ngan Zahra. cerita kisah kat sekolah.
harao-harap, esok Zahra tak meragam. plan esok nak bayar yuran pendaftaran dan beli uniform Zahra.
walopon ibuzahra suruh tunggu next week, tapi gerak hati mama cakap...Zahra nak sekolah. so, redha jek la. kalo dia meragam sekali pun, kena pujuk gak lah.
Zahra mesti belajar sesuatu. even lom pandai membaca sekali pun, at least Zahra belajar berdikari.itu dah cukup bagi mama.
so, sok pagi kena pujuk Zahra gi school. harap tak mogok dah.

gambar???takde. tak sempat nak snap. esok lah, tunggu Zahra dah pakai uniform sekolah eyh...


love: mamazahra ^__^

1 comment:

NONIE ROSSI AZIZ said...

budak2 ni depan kita jer kememeh..bila kita tak de ok jer..Nayli pun macam zahra jugak..Jgn lupa updet gambo zahra pakai uniform kay!! apapun akak suka bangat gambo header tu cantik bangat...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!