Wednesday 3 November 2010

Kisah si Ahad pulak

Alahai, dah hari Rabu baru dapat update cerita Ahad.
kat rumah, tenet signal manjang poor bila malam.
kat opis, blogspot dah kena banned.
so, no blogwalking di siang hari. which is bagus lah kan, dapat concentrate wat keje. ye lah sgt kan.
padahal banyak jek lagi surfing tenet.ekeke
asal malam jek, niat bergelora nak update blog.tapi cik selkom sgt lah menyakitkan hati.
asal nak upload gambar jek, "internet explorer cannot be displayed".
mahu tak hangin satu badan?
langsung hilang terus mood, baik tidur bersama yang terchenta.ye tak??
okeh, Ahad tu papa cancel study group sbb dah buat Sabtu.melampaulah kalo setiap wiken ada study group kan. sampai terabai anak bini.not good not good.
so, Ahad ni santai jek kat rumah.
kul 9 layan citer indon. Lost in Love.layan gak.hikhik
kul 10lebih, pas papa bangun tidur terus bersiap gi K4.
gi shopping groceries. tak beli banyak pun, beli mana yang dah takde jek.
dah alang2, papa suruh beli sekali lauk tuk masak lunch.
pas shopping, makan time.kebulur dah wehh..kul 11 lebih dah time tu..

K3K Benta Kaya Kopitiam.
satu-satunya kopitiam yang terdekat. ada gak OTWC kat area bangunan Naza jln kapar, tapi dah alang-alang ada kat K4 kan, bedal jek la.
papa tak berapa suke makan kat kopitiam, mahal katanya.tak berbaloi.abes berbelas ringgit tuk bekfes jek.hehe
sekali-sekala, tak pe kan..

budak kecik ni, sesampai dah menangis.
sibuk nak bukak honeystar yg dia beli kat K4. pastu sibuk nak baca buku yg baru beli gak.
geram jek.
mama dah lah tgh lapar, dia menangis pulak. papa lah kena pujuk.

kopi ais tuk amma, dah teh panas tuk papa.
hitam pekat kan kopi tu??? sedap.kaww banget!!!

roti bakar.makan berebut 3 beranak, mmg lazat.ekeke :P

half boiled Omega egg.yummehh!!

mood budak ni dah makin baik. tabik springggg!!!

nak pujuk budak sorang ni senang jek, sumbat jek botol.senyap lah!!

papa menikmati sebiji telur setengah masak.sebiji lg, mama dah bedal.heee :D

muka orang gembira sebab dah kenyang.
balik umah. lintang-pukang masak sorang kat dapur sbb papa & zahra gi opis papa jap hantar kunci opis.pastu merayau carik cendol & hantar gi umah PIL.

mama masak sowang-sowang, tak aci kan??
apa menu mama masak??
mama masak siakap stim, papa yg request sbb papa nak hantar barang sekor ke umah PIL.

bahan2 tuk siakap stim. mama gantikan nenas ngan tomato.kasi masam-manis sket.
bahan takde dlm gambar, siakap 3 ekor, halia hiris panjang2 & pati ayam knorr dan bahan perasa

inilah menu kami lunch Ahad tu... siakap stim, sawi goreng cendawan, wedges & ayam drummet Ayamas.
kasi fokus sikit...

siakap stim ala mamazahra

sawi & cndawan tumis

ayam drummet & wedges buat seniri.
pas makan, melepak.

kul 4lebih, kami gerak ke Jusco bukit raja tuk beli hadiah tuk baby aleesya, dah plan ngan schoolmates nak jenguk baby aleesya.
schoolmates yang join, zura lias, ana farhana, hasiah & mama sefamily.

sementara menunggu geng bas sekolah kat Petronas, Tmn Rashna.

peace yo!! dari Zahra

peace lagi :)

yo!yo!!

mama muka dah masam, menunggu hampir 40minit.sempat solat Asar kat petronas tu.hehe
dan...


inilah baby aleesya, anak kepada classmate mama, Siti Aisah Zainuddin & Firdaus...
comel kan???

tu jek kisah si Ahad..hehe




love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!