Thursday, 2 September 2010

MC dua hari, apa mama buat??

Semalam dan hari ni, mama MC.
asthma menyerang lagi.
oleh kerana, skang ni mama tengah peknen so Dr suruh mama rest 2 hari kat rumah.
risaukan kandungan mama, risaukan mama sebab Dr cakap, pregnancy bleh exaggerate asthma.
lepas neb semalam, rasa kurang sikit bunyi time bernafas.
oleh kerana Dr dah bagi MC, maka mama amiklah kesempatan tuk buat biskut raya.

Biskut pertama : Choc Chip Rangup

bahan2nya mudah jek.
korang tak perlukan mixer pun, kacau pakai tangan jek.
yang penting, ada bahan2 tu kat rumah.
Bahan A
  1. Planta 250gm
  2. gula halus/icing[gula biasa korang blend sampai halus] 130gm
  3. kuning telur 1biji
  4. esen vanilla 1sudu kecil
planta & gula kacau rata, pastu masukkan kuning telur&esen vanila

Bahan B
  1. tepung gandum 230gm
  2. milo/serbuk koko van houten 50gm
  3. nestum 50gm
  4. badam 50gm(sangai/goreng tanpa minyak 5minit)
  5. choc chips 100gm
  6. white choc chip 50gm
gaulkan rata semua bahan B

then, masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A, kacau rata.
kemudian, sudukan kecil-kecil adunan dlm loyang.
macam kat bawah ni...

[abaikan loyang turun-temurun mak mama ni ekk]
dan bakar dalam oven[xkesah oven apa pun, oven butterfly kaler hitam tu pon boleh], amma guna oven yg bulat tu, sebenarnya oven elektrik, tp dah rosak, so amma tenggek atas dapur gas jek.hehehe
bakar suhu 180c selama 20minit.
berhati-hati sikit sbb adunan kan kaler cokelat, kang hangus pulak.ngeh3
maka, jadiklah biskut choc chips yang rangup cam kat bawah ni.

kalo korang guna dark chocolate, kompom rasa dia cam biskut double choc kat famous amos tuh.hehe
serius rangup tau!!!
tak caya??? try buatlah!!! kalo malas, meh datang umah mama!!!

then, hari ni mama buat cornflakes chocolate.
ni 1st time mama buat cornflakes coklat neh, setiap tahun mama buat cornflakes madu.tahun ni, ubah sikit.
nak resepi gak ke??
tak payah arr...

mama pun x sure, orang suka ke tak cornflakes coklat mama ni.hehe


love: mamazahra ^__^

2 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

dulu mase ngandungkan Zara kite kena athma dari preknen awal2 tuh smpailah 3 bulan pas bersalin..dokter kate mmg sbb pembawakan pregnancy coz ikut sejarah, dh bertahun2 tk kena athma tuh..this time, mcm nak ikut jejak langkah jek.dh start semput2 gak nih tk tentu masa..huhu

Norly Saliana a.k.a Sweetmama said...

@lily azliyana @ mama zara

seingat norly, masa peknenkn zahra dulu xde plak kena asthma.tp, kali ni mencabar betul lah.mebi sbb byk minum air sejuk time berbuka.hope cepatlah asthma ni pergi, dah xlarat.huhuhu

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!