Friday 6 August 2010

Keputusan BSP Test

kan mama gi buat BSP test rabu lepas kan...
keputusannya adalah NORMAL...
8am = 4.1, 10am = 3.9, 2pm = 4.8 & 8pm = 4.7
walaucamne pun, mama tetap perlu buat BSP test every two weeks dan scan every month.
so, maknanya mama perlu cuti sebulan 2 kali.
cuti tahunan mama dah la tinggal 15hari jek, boleh ke nak tampung cuti yg banyak ni.
ini bermakna, sampai hujung tahun neh mama kena cuti tuk BSP, lebih kurang 9 hari.
itu bermakna, mama tak boleh nak apply cuti panjang tuk hari raya.
kalo ikukan hati, nak jek gi amik MC tuk buat BSP test tu.
tapi kan, korang tahulah klinik kerajaan mana bagi MC.
kalo nak MC, maknanya, mama kena gi klinik biasa dan pura-pura sakit tuk dapatkan MC.
tak pun, mama mintak kebenaran bos tuk keluar gi klinik buat BSP test.sehari, mama kena keluar 3 kali, iaitu kul 8, 10 & 2ptg.gila bos nak bagi???
kang tak pasal-pasal, bos cakap mama makan gaji buta pulak.

mama ada gak request kat Doktor tuk refer case mama ke hospital private.mama sanggup tanggung kos mahal sikit, tp tak perlu cuti byk kali.
tapi, Doctor tak bagi.dia cakap, once u ada sejarah diabetis, u perlu buat BSP test.kalo kat private pun, kena buat gak BSP test tu.
so, redha jek la.
tapi, nak buat camna.dah mak mama ada kencing manis.komfomlah doktor suspek mama pun ada. kalo tahu hari tu, haram mama nak bagitau mak ada kencing manis.
tapi, tu lah.mmg rezeki mama peknen kali ni perlu jalani semua tu.
moga mama kuat hadapi ujian Allah ni.amin

p/s: semalam, mama buat creamy mushroom soup dan garlic bread tuk dinner.
nanti mama kongsi gambar dan resepi ye.
papa & zahra suka sgt soup tuh..

p/s: wiken ni, nak gi Hospital Bersalin UMRA, kot-kot mereka sanggup terima patient yg bermasalah cam mama.huhuhu


love: mamazahra ^__^

6 comments:

Zaidah said...

masa peknen firas...zai kena buat jugak BSP tapi masa tu zai dah 8 bln..memang kena ambik leave untuk BSP..masuk spital kena buat 7x sehari...pastu kena cucuk sendiri...huhuhu

Lily@MamaZaraZareef said...

iskk..result dh normal pon still kena ulang2 blood test ek..kite kali ni mmg tknak bagitau psl mak ade kencing manis..sbb kat cni klu tk bgtau, mmg kena test sekali. but klu dr tau ade sejarah, paling kurang 2 kalilah minum air gula..

nway, kite ade sevey intenet psl poliklinik umra tuh few days ni..ada niat nak check up+ bersalin kat sane..tp bile baca review, mcm byk yg kurang enak didengar dpd yg enaknya..tros tawar hati nak pi sana..rase nak balik bersalin kat bp lagi skali jekla..huhu

Norly a.k.a MamaLeana said...

@Zaidah

masyaAllah, takutnya.hope norly tak smp tahap tu.so, skang ni, mmg control mkn tuk make sure everytime buat BSP, sugar level rendah jek..

Ya ALiya said...

emmm try la dizcus dengan bos,mana la tahu dia faham kan,cam lya dulu memang gtahu la guru besar,alhamdulillah la dia faham..so tak de la asik kena cuti,kes lya dulu 2minggu sekali mesti kena g klinik amik darah untuk test BSP...

Norly a.k.a MamaLeana said...

@lily azliyana @ mama zara

tu lah, ingat bile result BSP test tu dah OK tapayah repeat test lg.tp, tetap kena buat.tatau lah, takde pengalaman.

norly takde pulak survey 'apa kata survey' tuh.anak sedara norly keje kt UMRA tu, tu yg rasa nak bersalin kt sana.
norly tak kesah sgt kalo bab spital ni, sbb masa deliver zahra dl pun kat spital gomen jek.OK jek layanan derang.hehe

Norly a.k.a MamaLeana said...

@Ya ALya

tu la lya, ada gak rasa cam nak discuss ngn boss.sbb norly pun kena buat BSP every 2 weeks.sayang lah nak ambik cuti.takut lak ada benda emergency nanti, lgsg dah abes cuti tahun tu.kan ke susah. hope boss pahamlah kan...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!