Sunday 8 August 2010

Creamy mushroom soup and garlic bread

inilah menu dinner kami 3 beranak malam jumaat lepas.
wahh!bunyi cam gempak jek kan??
lately, mama tetiap malam nak makan creamy mushroom soup.
memula tu, boleh gak lah papa bawak gi makan kat pizza hut.
kalo dah tiap-tiap malam, sure tekak papa dah tak boleh terima pizza lagi.
so, papa bawak makan soup ni kat Yok Mampir jek.
boleh lah kan.
murah pun murah, rasanya sama jek.
lagipun, bolehlah papa layan selera tekak dia yg melayu tulen tuh tuk makan nasi putih & paprik tuk dinner.
dan boleh gak penuhi tuntutan selera mama yang ala-ala omputih ni.ekeke
tapi kan, kalo dah 2,3 malam berderet mama makan creamy mushroom soup tu kat Yok Mampir, naik seganlah pulak.
so, malam khamis tu mama request tuk beli bahan-bahan tuk buat creamy mushroom tu kat carrefour.
papa layankan jek.

tuk buat creamy mushroom soup yang simple dan mudah, bahan-bahannya adalah:-
  1. cendawan butan kaler putih.(mama beli yg organic kt K4 dan dah siap dihiris)
  2. fresh milk Dutch lady
  3. sebiji bawang besar( di mayang)
  4. marjerin Planta (1 senduk tuk menumis)
  5. serbuk lada hitam
  6. garam
  7. kiub pati ayam
cara-cara nak masak:-
  1. panaskan marjerin tuk menumis
  2. masukkan bawang (tumis smp naik bau wangi)
  3. masukkan 3/4 cendawan (tumis smp naik bau)
  4. blenderkan bawang & cendawan tadi, bubuh fresh milk (tp, mama tak blend smp halus, sbb mama suka cendawan tu cam kasar2 sikit, br berasa.egege)
  5. pastu masukkan semula dalam periuk.
  6. tambahkan baki fresh milk, bleck pepper (ikut suka nk byk mana), garam, kiub ayam & 1/4 cendawan lg yg dah hiris halus.
  7. masak sampai didih & siap tuk di hidang.
tuk garlic bread, mama guna roti gardenia yg biasa.tumbuk bawang putih & gaul dgn planta,pastu sapu atas roti & bakar atas kuali.dah siap.

inilah rupanya creamy mushroom soup & garlic bread ala mamazahra...

[roti tuh hangus sikit.ekeke]

love: mamazahra ^__^

No comments:

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!