Monday, 10 May 2010

Bencinya dengan spesis manusia yg suka amik kesempatan!!!

wahhh!pagi-pagi mama dah hangin.
kenapa meh?
marah kat sapa neh?
tak baik tau!!
baru semalam janji ngan papa nak jadik mama yg baik tuk anak2.hikhik
ops!!!mama bukan kena raba keh...
ekceli, mama tengah bengang dengan makhluk yg paling seksi keji dalam dunia.
orang tua pun sanggup dia tipu!!!
tak takut mati ke?
tak takut neraka ke?
sebenarnya camneh...meh mama story...
tahun lepas, cucu menantu hantu  mak a.k.a menantu hantu  kak ngah mama ada mintak izin mak mama tuk menyewa tanah pusaka mak tuk buat projek menternak lintah.

[gelinyeee!!!!]

memula tuh, kami anak2 mak mmg tak setuju.
tapi, kak ngah beriya pujuk mak.kami ni, taknaklah kerana"tanah pusaka" sampai nak berbunuh bertekak adek-badek kan...
okeh!akhirnya bila mak setuju, kami pun terpaksa setuju.
cucu menantu mak tu, yg kami gelar Abe [sbb dia cucu menantu sulung, yg berketurunan kelantanese] janji kat mak tuk bayar sewa RM200 SAHAJA sebulan. [bukan banyak mana pun!!!]
tapi, setelah lebih kurang 6bulan, langsung tak bayar sewa.alasan???projek belum berjaya.
so, dia bagi mak mama RM250 sahaja tuk 6bulan tu.
selelah hampir 10 bulan, masa mak gi surau dan bersembang2 dengan jemaah lain lepas abes solat.
ada yg bagitau, mereka ada buat bekam lintah kat tempat tu tuk penyakit resdung.
so, nampak sangatlah projek tuh dah berjaya kan??

so, kakak mama, Andak hantarlah mak kat "tempat projek" lintah tuh.mmg masa tu, banyak gila customer.
bile mak mintak duit sewa, dia bleh jawab" BELUM ADA HASIL".abes, customer byk2 tu bayar pakai apa?pakai daun?ke ko bagi FREE jek?
so, mak yg kecewa.balik tanpa apa2.
nak buat camne kan?
takde HITAM-PUTIH lorr...terpaksa akur lah dgn penipuan mereka.
nak marah, cucu menantu.kang ada plak yg merajuk takmo jenguk mak.huhuhu
sekali, minggu lepas.ada orang dari taman perumahan berdekatan "tempat projek" tuh.
buat aduan.bagitau, mereka yg tak bertanggungjawab tuh dah tinggalkan tempat tu camtu jek.
kolam lintah terbiar menyebabkan nyamuk & lintah merayap masuk perumahan mereka.
tak kejam ke?mereka cakap, kalo mak tak buat pape, mereka nak saman.
dia yg buat "taik", mak yg dapat susah..manusia camni pun ada ke kt dunia neh???
pandai nak amik kesempatan keatas orang tua yg tak berdaya.
dah dapat hasil, gi cabut lari.kuwang ajaqqq!!!!
so, last wiken, kami (mama,papa,andak,andak awi,endek&endek kamal) menjenguklah tempat kejadian.
siyes!!mmg teruk!!!
dia tinggal semua kolam (tong plastik) camtuh jek.
tempat dah jadik semak samun.haramjadah punya orang.ni bukan manusia, tapi setannn!!!
so, sabtu dan ahad kami bekerja keras bersihkan tempat tuh.
kutip segala mak nenek lintah dan masukkan dalam balang seblom kami hapuskan dgn menggunakan garam kasar.
segala tong kolam lintah kami terbalikkan tuk buang air yg penuh selut.
so, semalam kami tekad tuk jual segala tong & peralatan yg dia tinggal kat kedai pelupusan sampah.
nasiblah kan...sapa suh buat taik kan.
setelah menjual semua peralatan dia, kami dapat RM290.
sangat tak berbaloi-baloi sbb dua hari kepenatan mengangkat tong-tong itu.
sudahnya, kami langsung tak celebrate MOTHER'S DAY tuk mak sbb kepenatan kat "tempat projek" tu.
dan hari ni, mama sakit pinggang & bawah pewot[kat pangkal ari-ari tu].hadui~

p/s:hanya Allah bisa membalas perbuatan keji mereka.
p/p/s: kalau Allah tak balas di dunia, Allah balas di akhirat kelak.



love: mamazahra ^__^

2 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

Norly, sedihnye baca entry ni. smpai hati diorang buat mak norly macam tuh. dahla keluarga sndiri kan. bile2 mesti terserempak muka jugak. diorang takde rase malu ke wat mcm tuh..

harap norly n family tabahlah ngan dugaan ni yek..kalau lagi best kena bersemuka jugak ngan orang yg tak bertanggungjwb tu.

Norly a.k.a MamaLeana said...

@lily azliyana @ mama zara

tu la pasal lily.dah sedara senirik kan.redha jek la..
hanya Allah bisa membalasnya.
tuk masam muka pd org yg tak bertanggungjawab tu, mmg takde lah...
biar dia paham2 seniri
kalo ikutkn sakit ati, mmg nk gi serang jek, tp kami xde black&white, tu yg payah...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!