Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
dengan hormatnya mempersilakan
............................................................................
ke
Majlis Pelancaran Malaysia Inovatif 2010
di
Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
pada
27 Januari 2010 (Rabu), Jam 7.45 malam
Pakaian:
Batik atau Inovatif yang sopan
mama pilih tuk pakai baju ni je.walopon tak ikut tema, besalah aje lah labu....
janji Inovatif yang sopan.sopan ke???hikhik
mama dapat Undangan Khas ke Majlis Pelancaran tu ye.
hebat sangat ke mama sampai dapat 'Undangan Khas'?
apa pangkat mama sampai dapat 'Undangan Khas'???
hahaha!!!
cam poyo jek kan?? feeling datin wanabe je.
apa hang ingat, hang tu Dato' Siti?heee :D
actually, company mama yang terchenta, NCB Holdings Bhd ada bagi sikit banyak sumbangan tuk Majlis ni, so pihak kementerian bagi lah 6 keping kad 'Undangan Khas'.
oleh kerana Dato' dan Datin semua takmo pergi, dia bagi lah kad 'Undangan Khas' ni tuk para pekerja yang cabuk rajin lagi berdedikasi.heeee :D
kalo ikutkan hatiku, tak hingin nak pergi.tapi dah En.Boss cakap, COMPULSORY.
wajib lah patuh kan.
kata rajin dan berdedikasi.wak lu!!!
maka, mama sebagai pekerja yang rajin dan berdedikasi pergilah jugak walaupun badan masih demam, selsema dan batuk masih ada. dan asthma masih juga setia menemani...dengan memakai pakaian yang sedia ada dalam lemari cabuk mama tuh, walopon tidak mengikut tema.heee :X
mama naik sekali ngan kak CT. save bajet katanya.padahal bleh claim..hehehe
MALAS sebenarnya.ngaku jek la...
oh ye!!selain mama, ada yang lain turut serta.
En.Boss, Tuan Manager, Kak CT, Shahril [tukang buat gaji.haha]dan Mr John yang tak nampak batang hidung.lalala~
abis waktu kerja je,mama terus drive ke rumah kak CT sbb mama nak jadikan rumah kak CT sebagai rumah tumpangan ahkau mama tuk mandi,solat asar,bersalin baju & mekap.heee :D
[sila abaikan pewotku yang sedikit buncit itu.hahaha]
sempat lagi posing dalam bilik kak Ct.heee :D tatau malu tul!!!hahaha.fedulik hape haku!!!
....dan kami berdua dengan menaiki cik myvvi kesayangan kak CT ke PICC dengan perasaan separuh komfiden sebab kurang mahir dengan jalan-jalan di Putrajaya itu.heee :D
sebelum tu, singgah sebentar di Petronas tepi highway kesas tu tuk beli kudap-kudapan mengalas perut.
mama beli 'New York Chicken' kat 1901.mabeles!!! [chit!!tu bukan alas perut lagi tu kalo dah mencekik roti hotdog yang panjang berjela.hahha.tu mentekedarah namanya.]
kak CT makan roti je.OK la tu kan??hehehe
sebab kami dapat tahu, kat Majlis tu nanti TIDAK DISEDIAKAN makanan.
setelah tersesat barat bagai.
dan called Ejan 2 kali dan called Sahzra 2 kali.
maka, sampailah kami kat PICC nun.jakun nohh!!!heee :D
sungguh double standard tau Pak Jaga kt PICC tu, mementanglah kereta kami cik myvvi je, dia suruh parking kat Basement je.
tapi, kereta besar gadang, dia suruh parking kat atas.mencikk!!!
waktu kami sampai, manusia dah berduyun-duyun.
semua feeling Datin wannabe.
berfesyen Batik tak hengat punyeee!!!hikhik
kalah Batik "Nyonya Mansor".hahaha
jeles ar tuh, sebenarnya kan???ngaku jek la..awak tu, baju batik pun tadak.yang ado, kain batik je.hahaha.
jeles ar tuh, sebenarnya kan???ngaku jek la..awak tu, baju batik pun tadak.yang ado, kain batik je.hahaha.
kalo ada pun, baju batik masa sekolah asrama.hakhakhak
masa kami sampai, semua sedang menikmati refreshment yang disediakan.
kuih koci, lepat, roti jala&kari, mee goreng, air oren, teh & kopi.
kami sempat bedal kuih koci & lepat.
dan terus gi solat maghrib.
bajet nak sambung lepas solat.
sekali, lepas solat jumpa En.Boss & Shahril.
kononnya nak makan sesamalah.
sekali, semua refreshment dah habis.
ada lah tinggal 1,2 table.
maka, En.Boss mendekati...
sekali, baeekkk punyee waiter tu jawab, "Ops sorry, ini tak boleh ambik.ni tuk MEDIA".
sekali gi kat meja satu lagi, "oh yang ni tuk bodyguard.sorry".
hahaha, tergelak kami.
habis apa yang tinggal tuk kami???takde pape..heeee :D sabo jek la!!!
Sudahnya, kami terus masuk Dewan.
masuk jek, terus dapat brochure.
then, ada penyambut tetamu...
penyambut tetamu: "kak, akak dari MOSTI atau industry??"
kami: "apa??".kami tercengang-cengang.
penyambut tetamu: " kak, kalo MOSTI dok belah sana, kalo industry dok tengah".
kami: "OK".
kami bajet, kami akan duduk kat round table.
sebab, biasanya kalau dapat kad undangan khas ni, kami akan dapat sepesel table.
sekali, dok cam nak tengok concert tu.hahahaha.
sudahnya, kami ber-4 curi-curi gerak keluar dewan dan gi kafe.
lepak kat kafe sampai kul 9.
masa Pak Najib sampai pun kami tak perasan.
nasib dapat tengok kat screen besar.
masa kami nak gerak balik, terserempak ngan Datin Seri Rosmah Mansor.
pehh!!!mantopp!!!
gelemer abes.baju mengikut tema.BATIK.
comel lote jek orangnya.rendang berbuah gitu!!!hahahaha.jangan marah ye!!!
acara wajib.katanya!!!POSING.hahaha
dah macam pompuan ngandung jek gayanya...heee :D
sorry, gelap sikit.cahaya tak mencukupi.
tetap taknak ngaku, kamera henpon chikai.hahaha
mama paling suka bebudak comel neh.
mereka lah yang sambut dan mengiringi Datin Seri Rosmah Mansor masuk Dewan..
comel.dengan baju caterpillar nye.ye ke caterpillar???belasah jek la labu!!!!hahaha
comel,rite???
psst: sowi, entry hampir lapuk dan hampir dimakan anai-anai.paham2 jek la, kata tak sehat.kata srot-sret(2x) dan batuk kung-kang(22x), takkan lah mampu nak update blog.hikhik
padahal entry ni dah lama ada kt draft, cuma tak larat nak publish je.hahaha
padahal entry ni dah lama ada kt draft, cuma tak larat nak publish je.hahaha
konon cam demam parah lah.hahaha
love: mamazahra
No comments:
Post a Comment