Monday, 5 October 2009

~ Cinta Sebelum Kahwin vs Cinta Selepas Kahwin ~

mama tahu, rata-rata yg baca belog mama neh mostly yg dah kawen.
tp, ada gak yg maseh single dok usha-usha belog mama neh. mama tahu...
tapi,kan.
mama nak tahu lah pendapat kowang tentang "Cinta Sebelum Kahwin vs Cinta Selepas Kahwin".
kowang rasa penting ke cinta sebelum kawen?
adakah cinta sebelum kawen tu yg menentukan halatuju perkahwinan pasangan tu?
adakah kalo pasangan tu tak pernah bercinta sebelum kawen, rumahtangga takkan kekal?
adakah kalo pasangan tu tak pernah bercinta, maka dia takkan berjaya kenal pasangannya?
atau
kowang rasa, cinta selepas kawen lebih manis?

tujuan mama tanya neh, sbb last week mama da sikit problem ngan papa.
bukan hal besar sgt pun, hal kecik jek.
tapi, bile jadi benda neh mama mula terfikir.
adakah sebab kami tak bercinta sebelom kawen, maka kami sering dilanda masalah??
adakah tempoh 3 tahun kawen, masih belom dapat kami cari titik keserasian dalam rumahtangga?

tujuan mama citer neh, bukanlah tuk buka pekung didada.
hanya sekadar nak berkongsi pendapat.
mana tahu kawan-kawan ada experience atau pendapat yg dpt membantu mama.

mana tahu, ada kengkawan yg bercinta selepas kawen cam mama, tapi rumah tangga kekal bahagia lebih 10 tahun?atau mungkin pasangan yg baru kawen pun leh gak kongsi cerita.
atau ada tips tuk kekalkan kebahagiaan walopon tak bercinta ngan pasangan kowang.
hope dapatlah kite share cerita dan pengalaman or tips.

agar rumahtangga kami yg baru nak menginjak usia 3 tahun ni,kekal bahagia walopon mama dan papa hanya bercinta dan mengenali hati budi memaseng selepas ikatan pernikahan terjalin.

sebelom mama kawen ngn papa, mama penah bercinta selama hampir 6 tahun, tapi hubungan tu terputus.hanya kerana tiada jodoh lagi antara kami.mama redha dgn ketentuan Allah itu.

papa pulak, bercinta 5 tahun dan akhirnya putus,hanya kerana tiada jodoh antara mereka.

dan Allah telah pertemukan kami, dalam ikatan persahabatan.

selepas setahun hanya bersahabat melalui email,kami bertemu buat pertama kali.
dan kami berkawan selama 2 bln.

bermula hanya berkongsi cerita cinta yg tak kesampaian, akhirnya ikatan itu bertukar menjadi sahabat baik.
kami berkongsi minat dan prinsip.
dimana kami, tidak percaya pada "cinta sebelum kahwin".kami tanak lagi bercinta,tapi akan terus kawen selepas jupe pasangan yg sesuai.

dalam tempoh 2 bln itu, kami keluar secara kelompok dan tidak pernah keluar berdua-duaan.
kerana kami takut hubungan sahabat itu bertukar menjadi "teman tapi mesra".
dalam tempoh tu jugak, kami masing-masing ada berkawan lain.
tp, kami tak nampak keserasian itu.

mama pernah berkali-kali solat istikharah, agar Allah pertemukan jodoh yg terbaik buat mama.
dan akhirnya, 1st April 2006,papa suarakan hasrat hati untuk memperisterikan mama.
tapi, oleh kerana keluarga mama lom penah jupe papa dan mama seniri tak pernah jupe keluarga papa.
maka, mama mintak tempoh sebulan tuk buat keputusan.
mama ingat, cuma April Fool jek.hehe...

dan mlm selepas papa suarakan hati tu, papa sms mama,"terus terang sy ckp,sy x penah jmp org mcm awk,bg sy awk terlalu ISTiMEWA,x kan ade ganti...b4 i meet u,sy brdoa semoga dpt jmp org yg sy nak jdkan ISTERI...tiba2 sy kenal gan awk..n ape yg sy doakan cam dah jd kenyataan..cuma sy x tau adekah ini betul2 akan terjadi,sblm nie mmg sy xde commitment nak KAWIN coz sy cam x nmpk who will be my WIFE..nie betul2 bkn rekaan..sy cam x nmpk sy nye future,cam x de guide line bg sy...ciri 2 2' BIARLA RAHSIA'
walau awk bkn yg pertame bg sy,tp awk LAIN..LAIN SGT2..trlalu BERBEZA...terlalu contra gan sy.."

ye, mama percaya kalo kita tak mencuba.masakan kita tahu boleh ke tidak kami membina keserasian.

[ Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Ku pernah menyendiri di sini ku akan terasa sepi
Walaupun bibir penuh gelak tawa namun hatiku sepi

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan
Cinta kita kan abadi

Ku pernah punya cinta namun kini ku sedang suka kamu
Cintaku dulu tlah kubuang jauh kini ku ingin kamu

Jangan bilang tidak bila kita belum mencoba
Siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku
Banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga
Kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan

Jangan bilang tidak waktu dicium aku bingung
Namun dada ini bergetar
Makanya sungguh aku mohon
Jangan bilang tidak]

maka, selepas sebulan lebih dari tempoh tu, kami bertunang dan berkahwin setelah 6 bulan bertunang.
dan kini kami dah bersama hampir 3 tahun.

ye mama tahu, lautan mana tak dilanda badai.sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
umahtangga kami banyak kali diuji.
adakah itu menunjukkn kami tidak serasi atau titik keserasian itu belom kami temui?
kami hanya perlu bersabar dalam mencari keserasian itu.

harap, kasih sayang antara kami terus mekar dan ia kekal selama-lamanya.amin.

love: mamazahra =)

11 comments:

lily azliyana @ mama zara said...

hmm..baru tau kisah norly n hubby before kahwin. nway, kite pon tk tau nak komen lebih2. mklumla, usia perkahwinan pon baru jek 2 tahun lebih kan..byk lagi kena belajar selok belok rumahtangga ni.

nway, dulu bercinta+bertunang ngan hubby agak lame jugak dalam 4 tahun b4 kahwin. pas kahwin mcm biasela, sesekali ade gak selisih paham sume. tp bak kate org, biaselah tu selisih paham kecik dlm rumhtangga kan. so rasenye, tk kisahla bercinta b4 or after kahwin. asalkan same2 berusaha nak perbaiki r/tangga, insyaAllah berkekalan ke akhir hayat..amin..=)

Anonymous said...

kisah kite hampir serupa..bercinta selepas kawenn...tp Alhamdulillah lah setakat ni sume dugaan dapt dihadapi..yg penting kite kn lah bertolak ansur..tp biasalh dlm perkahwinan mesti ada pergaduhan..so kite kn lah hadapi dgn tenang..buangkan ego memasing..InsyaAllah berkekalan hendaknya.

azzul said...

mm byg gak pglmn bercinta mamazahra ni..sy hanya bercinta dgn hubby n berkawin dgn dia gak heheh..tp km kenal 2 thn sblm ambil keputusan utk berkawin.rasanya bercinta sblm atau slps kawin xde bezanya asalkan kt sts mjd diri kt.tak perlu berpura2.ada org ms bercinta tunjuk yg baik2 je. especially lelaki la kn tp lepas kawin br tunjuk belang tu yg slalu dtgkan mslh dlm perkahwinan..sy rs bkn senang nk dpt keserasian org yg dh bercinta berthn2 pun blm tentu knl pasangannya sepenuhnya hanya bila dh berkawin br dpt lbh mengenali..yg penting tolak ansur dan sentisa ceriakan hubungan suami isteri..xla bosan sgt kn..bergaduh kecik2 tu hal biasa..dont give up ya mamazahra..

zh-ena said...

ena ngan suami mmg bercinta sebelum kawen..mmg keserasian plg penting..sifat tolak ansur dan sayang menyayangi tunjang kebahagian rumah tangga sehingga ke hari nie

~mamazahra~ said...

tenkiu krn beri pendapat.kami sedang mencari titik keserasian dlm hubungan kami.

Along said...

hey kamu,

hope everythings okay between you two :)

Along nak nasihat or bagi pandangan pun, Along sedar Along kat mana but I saw both of you, dari berkawan (remember kita keluar hangout di KLCC dulu?) to the sudden announcement that u were getting engaged and then got married :)

Sekarang dah ada zahra.

And alhamdulillah, Along sempat melihat semua fasa kamu dari kamu bercinta hingga ke saat ini, biarpun jarang ketemu.

If this helps, dengan adanya contoh kamu & ary lah menguatkan rasa percaya Along tentang sebuah perhubungan antara lelaki & wanita.

I've been betrayed hard by the one i love, but that doesnt mean I dont believe in love anymore.
Orang mcm kamu & ary lah yg buat Along rasa - "InsyaAllah, there will be my time plak."

Jangan dikisahkan sangat titik keserasian..

Kisahkan mampukah kamu bangun esok pagi tanpa si dia yg tersayang?

:)



Along doakan kalian bahagia hingga ujung waktu, insyaAllah :)

NONIE AZIZ said...

Norly..akak pun sama cinta selepas kawin...pasal akak punya pengalaman pun sama ngan Norly...Kenal ngan baba melalui phone...sebulan kenal baru tengok rupa...itupun bukan dating berdua2 but wif baba's family..Sepanjang usia perkenalan+bertunang sampai lah nikah selama setahun lebih kami hanya dpt bertemu muka sebanyak 4 kali..yang lain banyak via phone!! Bilah dah kawin masa dlm tempoh 3 tahun pertama perkahwinan memang stress pasal kitaorang terpaksa hadapi banyak perbezaan antara kami..serius sampai satu tahap seakan frust pasal banyak sgt benda yang kita terpaksa buat benda yang kita tak suka...

TAPI Norly..apa yang akak nak bagitau...jangan mudah berputus asa untuk mencari kebahagia keluarga kecil kita sendiri...Banyak luahkan perasaan apa yang tak puas dihati..pasangan kita pun perlu macam tu jugak baru sedikit demi sedikit keserasian tu akan ada...

Percaya bahawa jodoh kita adalah yg terbaik ditetapkan oleh-Nya..Oleh itu jangan jemu, berputus asa untuk mencari kebahagian yg sememangnya milik kita, pasangan kita & anak2 kita...

~mamazahra~ said...

along:takkan noly lupa.along mmg sentiasa ada tuk noly walopon kita jarang ketemu.

setelah pikir pjg,noly tak mampu hidup tanpa ary.

ary lah pelengkap idup noly.dia menutup setiap kekurangan noly.



k.nonie:ye, Allah hanya beri yg terbaik tuk hamban-Nya.maka, pasangan kita adlh yg terpilih dr kalangan yg terbaik.kerana Allah tahu apa yg terbaik tuk kita.

shila ariff said...

hai noly...salam perkenalan..

pada shila, perkahwinan adalah satu komitmen n tggjwab pada diri kita n suami kita..cinta sblm atau slps kawen..bkn satu isu..malah, ia merupakan keistimewaan sesuatu pasangan tu..perjalanan jodoh seseorg itu adalah stu keunikan..lumrah umahtngga, perselisihan faham tak blh dielakkan..malah, kita kena pandai handle masalah itu n ia boleh dijadikan panduan di masa depan n also mematangkan kita...yg penting sabar, amanah, jujur n bertolak ansur ngn pasangan kita...mcm shila, kami skrg ni long distance marriage...so shila percaya pada hikmah disebalik semua ini....noly, things happen with reason..so nikmati leh ianya seadanya...shila doakan kebahagiaan noly k...Amin....

p/s:Khas utk noly;
(tentang kamu, BCL)
Ku Tak Bisa Menebak
Ku Tak Bisa Membaca
Tentang Kamu
Tentang Kamu

Kau Buat Ku Bertanya
Slalu Dalam Hatiku
Tentang Kamu
Tentang Kamu

Bagaimana Bila Akhirnya Ku Cinta Kau
Dari Kekuranganmu Hingga Lebihmu
Bagaimana Bila Semua Benar Terjadi
Mungkin Inilah Yang Terindah

Begitu Banyak Bintang
Seperti Pertanyaanku
Tentang Kamu
Tentang Kamu

imaninarafizal said...

dlm menghadapi alam umah tangga amalkan semua yangg telah ditinggalkan oleh nabi kita...bykkan sabar...rendahkan ego..insyaAllah akan kekal selamanya ...aminnnnnnn...kenali keburukan pasagan kita dulu...baru kecapi kebaikannya...anggaplah ianya suatu ujian..dimana untuk mendapat manisan kena hadapi rintangan...

~mamazahra~ said...

shila: terima kasih ats nasihat n lagu tuh :)

imaninarafizal: insyaAllah.terima kasih ats ingatan itu :)

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!