Tuesday 19 January 2010

Tips Memujuk

hai kawan-kawan :)
hari ini, mama bukan nak bagi kawan-kawan tips memujuk.
tapi, mama nak mintak sedikit tips dari kawan-kawan.
bukan tips memujuk en.suami ye, tapi nak pujuk anak dara mama ni.
Kehadapan Puan Penasuhat,
sekarang anak perempuan saya, Zahra sudah berumur 2 tahun, 2 bulan.
Zahra semakin lasak.
dan semakin kuat merajuk.
jika setakat muncung seperti gambar diatas tu, saya masih boleh terima lagi.
masih boleh untuk memujuk.
tetapi...
lsejak kebelakangan ini, Zahra semakin kuat merajuk.
bukan setakat muncung macam boleh sangkut penyangkut baju.
bukan jugak setakat hentak-hentak kaki dilantai.
tetapi, Zahra semakin suka menangis berguling-guling seperti Rani Mukherjee sedang nyanyi lagu kuch-kuch hota hai...dalam filem Kuch Kuch Hota Hai tu...
Zahra tak pernah mengira tempat..
jika diatas tilam saya masih boleh terima..
tapi, Zahra suka benor berguling-guling diatas tanah atau diatas simen shopping complex.
kalau segala kemahuan dia haruslah wajib dituruti,
jika tidak Zahra akan membuat aksi meronta-ronta macamlah saya dan papanya sedang mendera dia..
bukan setakat itu sahaja,
jika saya atau papanya tidak menuruti kehendaknya, Zahra akan melempar apa sahaja yang ada ditangannya.contohnya, botol susu atau kasut dsb.
saya takut, dia akan mencederakan orang lain atau dirinya.
saya sudah tidak sanggup,Puan..
saya takut, jika saya terus menuruti segala kemahuan dan kehendaknya, anak saya menjadi semakin manja dan semakin sukar dikawal.

kalau boleh, saya mahu tips memujuk dia secara psikologi.
saya mahu memujuk disamping mengajar dia.
atau adakah penyakit kuat merajuk Zahra ni adalah warisan turun-temurun kerana saya juga kuat merajuk.
adakah penyakit kuat merajuk ini adalah penyakit berjangkit???
diharap, Puan dapat membantu saya menangani masalah saya.
yang benar,
mama yang sangat berharap :)
hikhikhik
macam bagus jek kan?
kalau boleh nak pos surat ni bagi Majalah wanita atau Majalah Pa&Ma.hehe
[buah hati pengarang jantung :P]

[simanja mama :) ]


[muncung ikan buntal kesayangan mama.hikhik]

tapi, kalau boleh koranglah bagi pendapat.
manatau korang pun ada tips nak pujuk anak korang.
atau petua tinggalan nenek moyang yang dapat mama gunakan tangani masalah mama ni.

bolehlah kita berkongsi rahsia.

p/s: Zahra ni ikut pangai sape lah eyh??? Renung-renungkan dan selamat beramal.


love: mamazahra <3

3 comments:

amm said...

den skadar mmberi pendapat...bg jer Zara adik..sekian terima kasih...huhu...

Lily@MamaZaraZareef said...

aduhai..cumei sungguh Zahra ngan muncung ikan buntal tuh!!..=D

nway, Zara pon kdg2 buat perangai jugak..dhla tak berapa reti nk bercakap lagi..so kdg2 kite pon tk tau ape yg dingamuknye..huhu

Norly a.k.a MamaLeana said...

amm: terima kasih atas idea bernasmu..akan dipikirkan 1juta kali.muahahaha [jom kite merancang bersama2.hikhik]

lily: tu lah pasalnya, dia mengamuk, kte x paham apa yg dia nak.tu yg payah.puas pujuk, tp masih x jalan. tu yg berguling2 sbb bengang mama dan papa x paham.kihkihkih

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!