Monday 5 March 2012

XPDC 2: Aurora Broga

Kisah pendakian mama&papa tak berakhir di Gunung Datuk je, jangan ingat kami cuma hangat-hangat tahi ayam je tau. Sementara semangat masih berkobar ni, kami meneruskan xpdc ke-2 iaitu menawan Broga Hill pulak.
Sebenarnya, dah lama mama mengidam nak panjat Broga Hill ni sejak 2010 kalo tak silap. Akhirnya, 4hb Februari 2012 impian mama tercapai. Thanks to papa & Along Zunaira sebab merealisasikan impian mama.
Mama gigih create event kt FB dan invite kengkawan join. Tapi sikit sangat yg response. Memasing ada hal lain date tu. Mulanya nak postpone ke date lain. Tapi Amm berharap sangat mama teruskan. So, tuk tak menghampakan Amm, mama teruskan xpdc : Aurora Broga ni.
Alhamdulillah, XPDC ni berjalan lancar walau ada sikit dugaan. Thanks so much pada Along Zunaira sbb guide kami dari Tol batu 3 sampailah ke puncak Broga. Alhamdulillah... Setelah 4thn xketemu along,akhirnya Broga menyatukan kami :)

4hb tu, mama&papa bangun seawal 3pagi sebab nak hantar zharif ke Sementa dan amik kawan papa. Berkumpul di Tol Batu 3 Shah Alam kul 4.30pagi. XPDC disertai Along Zunaira, mama, Papa, Jiji Azizi, Amm, Amart & Harith Yusof anak bujang Amm, Zee, Bujal &Sya. Kami sampai di Semenyih lebih kurang kul 5.30pg. Kat kaki bukit, kereta dah penuh. Parking RM2/per entry. Kayo lah nyonya jaga parking tu. Hehe. Kami mulakan pendakian dgn bacaan doa dan beli air mineral tuk wuduk kat atas dan torchlight sebab cuaca masih gelap-gelita. MasyaAllah, ingat kami kumpulan paling awal rupanya ada lagi yang awal. Hehe.
Kami sampai kt pitstop pertama masih bersepuluh, tapi sampai kt pitstop ke-2 tuk solat subuh tinggal ber-6 je. lagi 4 slow sbb ada Harith Yusof. Hehe
Ini lah kali pertama mama menunaikan solat di atas bukit, dengan angin yg kuat dan berwuduk dgn mineral water. Walau dimana kita berada, apa situasi pun DIA usah kita lupakan.. InsyaAllah :)
Lepas solat, kami teruskan lagi pendakian. Laluan semakin sukar, namun sebab cuaca dah semakin cerah Alhamdulillah masih dapat teruskan pendakian hingga ke puncak. Kami sampai di puncak Broga kul 7pagi. Yg sampai ke puncak cuma along,mama,papa,jiji,zee & bujal. Yang lelain, sampai 2nd pit stop je. Sebab ada harith yusof kan... Tapi kira handal gak la kan...
Lepas amik gambar, pose sana-sini, sembang dan makan2 jajan. Terus turun sebab semakin penuh puncak dengan pendaki-pendaki lain. Pun cak broga ni agak kecil dibanding Gunung Datuk. So, lepas amik gambar, haruslah cepat-cepat turun. Hehe. Kasi chance orang lain nak pose pulak.
Masa turun memang mencabar. Menguji tahap cengkaman kasut. Mama yg pakai kasut hiking pun bleh menggelongsor, tak dapat bayangkan yang pakai selipar jepun panjat Broga. Ada tau, jangan tak percaya. Serius mama kagum dgn adik yang pakai selipar tu. Tabik spring lah! Mama berapa kali terpaksa turun mengengsot sebab kaki tak leh nak cengkam tanah. Tapi, ramai gak yg sengaja menggelongsor turun. Memang ada laluan tuk sliding. Serius menakutkan. Heeee :D
Alhamdulillah, berjaya turun dengan selamat. Takde apa yang tercicir. Masa turun ni lah, posing sakan. Sempat gak berhenti makan sandwich sebab perut dah berbunyi.
Sampai kat kaki bukit kul 8lebih, lepak minum air kelapa sambil tunggu amm, amart,harith yusof n sya.
Masa nak balik tu, boleh plak tayar cik persona buat hal. Nak tukaw tayar spare, bleh plak takleh nak buka skru sport rims plak. Hadoiii!
Sudahnya, teruskan perjalanan sambil tengok kiri-kanan kot ada bengkel kereta area semenyih. Ada tu, memanglah ada tapi takde plak mesin nak bukak skru rims tu. Adoi. Sudahnya, gi pump tayar je kt petronas. Dan teruskan perjalanan.
Sempat gak singgah bekfes kat area semenyih tu sebelum memaseng balik. Otw balik tu mama dah selamat beradu. Sedar-sedar dah sampai federal highway. Sikit punya jam jalan. Sampai kat umah dekat kul 1.
Alhamdulillah, berjaya gak mama&papa tawan Broga Hill. Next, ke mana ye???

P/s: layan gambar sampai muntah eh

1 comment:

Anonymous said...

pembetulan, bukan Harith Yusuf tau punya kelambatan itu semua..haha..apa2 pn tks sbb bw kami ke Broga Hill ;p

- Amm

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!