Tuesday 27 March 2012

Edisi Khas: Kecil-kecil cili padi

Assalamualaikum w.b.t
Mama baru je abes layan 'surgeon' kt astro bella. Sementara tengah promo ni, layan lah. Sok-sok kena bayaw, kirim salam aje lah. Baek tidur dari layan TV. Teheeee :)

Entry Edisi Khas tuk anak dara kesayangan mama, Nur Dhia Zahra. Hari ni, kakak join trip sekolah ke Pusat Sains Negara. Sepatutnya bertolak kul 8.15pagi tadi. Tapi oleh kerana hujan turun dengan lebatnya kul 8pagi, maka lambat sikit kakak bertolak. Lebih kurang kul 9.15pagi lah. Kesian mua'llimah Zahra kena berulang-alik angkut budak-budak sekolah sambil pegang payung. Alhamdulillah, kakak Zahra selamat pergi dan balik. Walaupun hati mama ni berat je nak lepaskan kakak join rombongan tu, tapi demi nak latih kakak berdikari mama gagahkan jugak hati ni. Mama bukan apa, kakak ni kan manja sikit. Kalo keluar memana ngan mama, mengada nak tidur lah, nak itu lah, nak ini lah. Mama ni rajin gak lah nak melayan karenah dia, tapi cikgu sekolah dia bukan nak hadap dia sorang je. Ada 79 students lagi cikgu nak layan. Tapi, kakak OK. Seronok bercerita pengalaman dia gi pusat sains tadi. Potpet potpet, mulut dia. Mama risau dia ter-pee pee atau poopoo je dalam seluar, tapi alhamdulillah takde apa masalah pun. Hehe. Mama dia je risau terlebih.. Hehe

Sepanjang hari kat office tadi, hilang selera makan. Minum segelas nescafe+ biskut kering bertahan sampai kul 6petang. Tak selera nak makan sebab risaukan kakak zahra. Kul 3ptg, ibu bagitau kakak dah selamat sampai terus perut berkeriuk. Tapi sebab busy melampau hari ni, tak sempat makan jugak. Last-last, kul 6 lebih sampai rumah terus terjah cari makanan. Hehe

Ok, berbalik tajuk entry. Mama nak story-mory pasal kakak zahra. Serius tak sangka mama tau, kakak boleh ikut rombongan sekolah tanpa ada masalah. Kagum mama tau sebab sepanjang mama sekolah rendah+sekolah menengah, mama TAK PERNAH join rombongan sekolah walau sekali pun. Percaya tak?? Mama ni penakut sikit, lagi pun mak mama ni susah sikit nak lepaskan mama kemana-mana. Sudahnya, time kat matrix baru mama join memana rombongan. Hehe. So, serius kagum dengan anak dara sendiri. Egege

Okeh, gambar yang mama tepek ni gambar amik kat klinik bandaran bukit raja 2weeks ago kot masa bawak zharif demam. Bukan mama suruh kakak pose tau, kakak yang request mama amik gambar dia masa mama layan fb kt fon. Lepas satu tempat, tempat lain pulak sampai ntah berapa keping. Ini jek mama rajin nak tepek. Hehe. Serius terkejut gak, rupanya kakak ni suka kamera jugak cam mama. Ingatkan shy-shy cat cam papa. Ekekeke. Tapi kan, mama rasa kakak ni dah terbiasa dengan gelagat mama yang gila kamera kot. Hehe. Dia pun terikut sama.. Setakat perangai biasa ni no hal lah dia nak tiru, tapi kalo perangai buruk mama yang dia follow mama tak berapa berkenan. Hikhik

Ok, tu je nak story. Tatau apa relevannya tajuk dengan isi kandungan cerita. Hentam je lah!

Ok, good night! Dah nantuks :O

Wassalam X)

1 comment:

M.A.M.A said...

dh besar da anak dara akak eyh...tggi betul si dhia ni.

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!