Wednesday 29 February 2012

Say No to Chicken!

Gara-gara makan ayam, tak pasal-pasal satu badan kena gatal-gatal. Tumbuh bintat-bintat macam kena gigit nyamuk satu badan. Selama hari ni, takde masalah pun. Bedal lah ayam seekor pun, tetap takde papa. Last week, 22hb February time kat JB hari tu tetiba sehari selepas makan makan ayam McD spicy masa dinner, satu badan gatal-gatal. Bengkak-bengkak macam kena gigit binatang. Pagi esoknya 23/2, bergegas gi Hospital Penawar, Pasir Gudang sebab tak tahan gatal. Tak pasal-pasal, sepanjang 29tahun hidup pertama kali kena injek ubat alergic kat bontot. Malu tau dengan kakak staff nurse tu sebab mama merengek takut masa nak kena injek. Haha. Macam budak kecik!!
Semua gara-gara ayam!!! Menci tau!!
Lepas kena injek, gatal terus hilang secara otomatik. Terus brunch makan bihun goreng ayam tanpa rasa bersalah. Nasib tak gatal semula. Haha

Balik keje petang tu, sapu lotion busuk yang Dr amin bagi lepas mandi. Terus rasa berangin satu badan dan hilang semua gatal. Hehe

Lepas kejadian tu, terus elakkan diri dari makan ayam buat sementara waktu. Ahad tu, masa makan lunch kat rumah kawan matrik Siti Shalihah kt Kempas Indah. Tak usik pun ayam kari dia. Walaupun nampak mabeles. Mama berani rasa kuah dan ubi kentang dia je, ayam tak usik. Huhu. Tapi malam tu, tetap gatal-gatal. Tumbuh gak bintat-bintat merah. Lepas telan pil alahan, terus tertidur dan hilang gatal.

Setelah beberapa hari tak usik ayam, malam tadi tanpa pikir panjang terus order grilled chicken masa dinner kt Yok Mampir Cafe. Selamba habiskan ayam tu. Cuma suap papa sehiris, selebihnya mama bedal. Tak pasal-pasal pagi ni menggeletik satu badan. Bintat-bintat merah comel tu pun keluar dengan bangganya tanpa rasa kasihan kat mama. Huhu

Lepas telan pil alahan, alhamdulillah hilang rasa gatal.

Tapi kan, kompius gak mama. Kenapa setelah 29tahun mama bedal ayam, baru sekarang mama alah dgn ayam eh? Papa cakap, "nikmat" makan ayam mama dah ditarik semula oleh Allah. Betul ke eh? Betul kot! Redha jek lah. Lepas ni say NO to ayam! Tiada lagi makan ayam KFC, ayam McD, chicken wing Pizza Hut, Kenny Rogers yg sedap mabeles, spagetty chicken ball Secret Recipe! Uuwwwaaaa!!! Menangis lah tengok orang lain makan. Kesian kan mama???

Selama hari ni, mama tak bape suka beef. Tapi mulai sekarang mama kena belajar makan beef. Sedih!

p/s: pic bintat-bintat comel tu korg agak2 la kt area mana eh. Hehe. Agak censored disitu. Haha

Wednesday 22 February 2012

Saya rindukan Handbag Gucci dan LV saya!!!

Lamanya tak membebel kat sini.
Sebenarnya banyak sangat benda nak update, tapi tak berkesempatan. Busy dengan keje dan benda2 merepek.hehe
Sekarang ni mama kat Pasir Gudang, audit branch. Rasanya, mama ada bagitau kat entry lepas.
Gerak ke JB sabtu 18hb, tapi gi family vacation dulu kt USS. Kalo nak tengok gambar, sila ke FB mama. Ntah zaman bila sempat nak tepek kat blog ntah. Hehe :)
Ahad lepas, papa balik ngan handbag-handbag mama tu naik bas. Cekal betul papa tu...
Walaupun, papa tak bawak gi vacation jauh2 naik flight segala but bila papa sanggup buat camtu, mama dah bersyukur.
Ekceli ada benda nak share pasal papa. Tapi lain entry. Entry khas tuk papa :)

Di waktu ni, mama sangat-sangat rindukan handbags mama Gucci a.k.a Zahra dan LV a.k.a Zharif... Handbag yang tak ternilai harganya... Merekalah harta mama dunia akhirat.

Walaupun dapat video call n call derang, but still rindu. Kat papa pun rindu gak, dia lah 'bantal peluk' mama dunia akhirat. Hehe

Okeh la, nak sambung buat keje. Tata :)

Tuesday 14 February 2012

Mama's boy

Mata segar-bugar lak, padahal badan letih.
Semua gara-gara budak kecik cenonet yang asek ngempeng je ni. Geram betul lah.haih

Tadi mata sikit lagi nak lelap, tetiba jek dia terjaga merengek nak ngempeng. Adoih. Potong stim betul! Terus takleh lelap. Maka, mama kamu terus on tab layan game. Tak sampai 15minit layan game, budak kecik ni start balik. Adoih. Sudahnya sampai ke sudah tak lelap mata ni. Huhu

Mama kena gi JB next week, dari 20hb sampai 27hb. Tak dapat nak bayang, cemana lah keadaan zharif nanti terpaksa berpisah 8hari ngan mama. Bleh ke selama 8malam tu dia survive tanpa ngempeng. Siannya... Mama takut, dalam gelap tu dia ngempeng ngan papa jek. Hehe. Hope papa dapat handle lah...

Selain pasal ngempeng, kepala hotak ni banyak sangat benda nak fikir. Dok fikir pasal zharif, zahra dan papa sepanjang mama outstation next week. Boleh ke papa jadi Mr Mama. Bangun pagi nak mandikan kakak ngan adik, nak pakaikan baju, nak hantar kakak gi sekolah, nak hantar adik gi umah bb sitter. Mesti kelam-kabut. Lagi-lagi kalau kakak meragam, pastu adik lak ikut merengek. Adoih. Pengsan! Mama harap, papa bleh handle tanpa banyak masalah. Mama percaya kebolehan papa :)

Tapi, yang bestnya... Mama plan nak gerak gi JB awal 2hari dari tarikh patut pergi. Weekend tu nak gi jalan-jalan holiday anak-beranak dulu. At least dpt spend masa bersama-sama bergembira sebelum berpisah selama 8hari. Hope dapat menahan rindu tuk 8hari tu... Jangan home sick dah ler, dok teringat hero dan heroin mama kat umah. Huhu. Lepas bergembira, pulun kerja habis-habisan selama 8hari tu. Pastu terus balik jumpa derang... Yeyyy!

Ok, nak cuba lelapkan mata. Nite semua!!!

Ps: dah mula merindu kesayangans ku.wuwuwu

Thursday 9 February 2012

Tips Suami Isteri

Ada suami yg tak pandai urusan rumahtangga namun dia bijak berjenaka, meriah suasana rumahtangga...
Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu membelanja anak dan isteri makanan istimewa...
Ramai juga suami yg tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana...

Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan, pasti wahai isteri..awak akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia !!! Terima kasih En. Md Zahari bin Mazlan sebab menyempurnakan diri saya...

kesimpulannya.... anggaplah, setiap kelebihan isteri melengkapi kekurangan suami dan setiap kekurangan isteri, si suami yang akan mencukupi :-)

suami dan isteri saling memerlukan.... tuk mencapai kebahagiaan rumahtangga....  sharing is caring kan :)

norlymamadz

Thursday 2 February 2012

Fadhilat atau kelebihan Ayatul Kursi

Ayat Kursi:

1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi.
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tidak akan memasuki rumahmu.
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam.
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanya kematian.

Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Sharing is caring, darl!

Ps: peringatan tuk diri sendiri yg seringkali terlupa

Sent from cik Bedah Bendul®

Wednesday 1 February 2012

Baldu Merah

tetiba terasa-rasa nak makan kek baldu merah ni. Alahai. Mengada betul tekak neh..

Gambar masa 1st time buat kek baldu merah, walopon rupa parasnya kurang menarik tapi rasa dia lebih sedap dari kat delicious tau! Haha

Red velvet cuppies kt delicious kering, mama buat moist tau. Bukan nak perasan tau, tapi itu pendapat mereka-mereka yg rasa kek hasil tangan mama tau. Hikhik. Sampai kak ngah mama request nak makan lagi tau.

Plan nak buat cuti thaipussam nanti. Bahan semua dah ada, cuma tahap kerajinan belum capai tahap bleh tungkus-lumus ngadap tepung, oven segala. Harapnya, cuti panjang nanti mood baking sudah mari lah... Huhu

Okeh, mau tidur dan mimpi dapat makan sepotong red velvet yg sedap :)

Ps: ada sesapa buat kek baldu merah malam ni? Bak mai sepotong dua!!! Haha

XPDC : Menawan Puncak Gunung Datuk, Rembau Negeri 9

Alhamdulillah, 14hb Januari 2012 merupakan XPDC pertama mama setelah bergelar isteri dan mama. Hampir lebih 10tahun, mama meninggalkan segala aktiviti lasak ini. Macam mimpi pun ye jugak...

Last sekali year 2000 or 2001, mama mendaki Gunung Jerai, Kedah. Lepas tu, paling tinggi pun bukit kat Uitm main kampus, tangga kt Fakulti Perakaunan, Bangunan SAAS (itu pun sebab blackout dan lif rosak), selain tu Bukit Tinggi dan Bukit Raja je yang mama berjaya tawan masa Jusco Sales. Hahaha

Seminggu dua sebelum date keramat tu, mama plan nak jongging tapi tak berkesempatan sebab every weekend aktiviti padat. Mama cuma sempat main badminton je kat laman rumah setiap hari dengan anak sedara mama. Kalo bukan irfan&iqbal, ieka. Jadilah dari langsung tak exercise kan. Tapi tu pun main gitu-gitu je, tak ada net dan court pun. Huhu

Aktiviti berjalan kaki memang mama buat lah, sejak 20hb lepas manjang mama tawaf jusco bkt raja, jusco bkt tinggi dan ikea. Aktiviti menghabiskan duit bonus. Hahaha

So, preparation tuk hadapi XPDC ni boleh kata zero lah. Seminggu sebelum pergi tu, mama gigih gak menyediakan kelengkapan hiking. Punyalah bersemangat waja nak beli kasut hiking segala, tapi satu pun tak jumpa. Semua takde size. Kesian sebab kaki mama ni taraf kasut budak. Kasut sukan dewasa semua besar gabak. Sedihhh....

Sudahnya, sarung je kasut sukan yang mama beli lebih 10tahun lepas. Kasut Timberland kanak2 kaler pink. Mujur mama sempat hantar jahit tapak dia sebab kasut tu memang bergam je. Alhamdulillah, kasut tu berjaya sampai ke puncak Gunung Datuk tapi terkorban separuh jalan masa turun dari puncak. Hukhuk. Mujur mama bawak kasut spare. Kasut futsal. Itu pasal kaki mama sakit gila sampai ke hari ni, gara-gara pakai kasut yg tak sesuai. Huhu

Gambar sepanjang xpdc banyak guna kamera henpon bakal anak sedara mama, Asyrani. Encik Tunang Aien. Dan kamera henpon Jiji Azizi, kawan sekampung papa. Selain papa, mama, Aien, Asyrani dan Jiji. Ada 20org lagi yang join XPDC ni, semuanya kawan sekerja papa dan family dan kawan2 derang.

Alhamdulillah, dapat gak mama tawan puncak Gunung Datuk setelah mendaki trek yg mencabar selama 2jam 1/2.
Setelah bergambar dan alas perut atas puncak tu, kami turun ke kaki gunung yg ambil masa selama 1jam1/2.

Next XPDC adalah Bukit Broga :)

Ps: sorry sbb gambar berterabur

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!