Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru





16 May adalah hari kita meraikan guru-guru seluruh dunia, kerana sepanjang tahun merekalah yang berkorban tuk mendidik anak bangsa.
tanpa guru, tiada arkitek..
tanpa guru, tiada doktor..
tanpa guru, tiada tentera...
tanpa guru, tiada akauntan...
malah....tanpa guru juga, tiada guru...
bukan itu saje, tanpa guru juga, tiadalah petani...
tanpa guru juga, tiadalah penternak...
tanpa guru juga, tiadalah nelayan...
tanpa guru, tiadalah kita sebagai kita hari ni...
kalau anda hari ni hanya sebagai auditor [mama lah tu!!!], anda jadi auditor, hanya kerana adanya guru...
Terima kasih cikgu.. atas ilmu yang dicurahkan buat anak didikmu ini...
Terima kasih tak terhingga buat guru-guru mama dari kecik sampai lah ke peringkat ijazah...

Pertama...guru yg mengajar mama mengenal huruf dan nombor, mak mama...Hajah Siti Fatimah Mansor.walopon mak bukan seorang guru, tapi mak mengajar mama dari tidak mengenal huruf dan nombor, sehinggalah mengenal erti hidup. Mak tak berpeluang menghantar mama ke tadika tuk mengenal huruf dan nombor kerana kesempitan wang, makanya mak telah melantik diri sendiri tuk mengajar mama mengenal nombor & huruf.Terima kasih mak.Maklah CIKGU yang paling berjasa dalam hidup mama.

Terima Kasih jugak kepada cikgu-cikgu Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang (SKRP) dari tahun 1989-1994, Cikgu/Ustaz/Ustazah Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sg. Bertih (SAMHSB), Klang dari tahun 1995-1999, Lecturer-Lecturer dia Kolej Matrikulasi Perlis dari tahun 2000-2001 dan Lecturer-Lecturer Fakulti Perakaunan(BACC), UiTM Shah Alam dari tahun 2002-2006.
Tanpa cikgu-cikgu semua, siapalah saya...

Selamat Hari Guru, Cikgu!!!


p/s: plan aineh nak bawakkan hadiah tuk cikgu-cikgu sekolah Zahra, tapi dah mama ada kat Kuantan ni kan, postpone ke next week lah. Terima Kasih pada Cikgu Rohani & Cikgu Laili sebab ikhlas mengajar Nur Dhia Zahra dari tidak reti memegang pensil sehingga pandai menulis ABC, 123, Alif Ba Ta. Terima Kasih Cikgu!!!


love: Norly a.k.a mamaDZ ^__^

2 comments:

Gieyana said...

Selamat Hari Guru utk semua guru2 kan..tnpa mereka, x ler kita berada di tahap skrg..:)

Norly a.k.a MamaLeana said...

Gie: tu lah, tanpa mereka siapalah kita agaknya...

Kalau SUKA, boleh KLIK eyh!!!